EURO B-21: Jerman dan Itali Menang Pembukaan Kumpulan C

Jerman memulakan kempen EURO Bawah-21 dengan bergaya apabila menewaskan Republik Czech. Max Meyer menjaringkan gol pada minit ke-44.

TYCHY, POLAND – JUNE 18: Max Meyer (L) of Germany celebrates scoring his sides first goal during the UEFA European Under-21 Championship Group C match between Germany and Czech Republic at Tychy Stadium on June 18, 2017 in Tychy, Poland. (Photo by Adam Nurkiewicz/Getty Images)

Serge Gnabry menambah gol kedua untuk skuad muda Jerman itu pada minit ke-50. Aksi cemerlang Gnarby terus menjadi topik hangat.

Prospek yang pernah bermain untuk Arsenal. Musim hadapan beliau akan beraksi untuk Bayern Munich.

Perjuangan Jerman tergugat dalam perlawanan ini apabila Davie Selke gagal menjaringkan penalti. Penjaga gol Republik Czech, Lukas Zima menyelamatkan sepakan tersebut.

Max Meyer dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Itali juga langkah kanan

Itali meraih 3 mata dengan membenam Denmark. Denmark berjaya mengikat 0-0 Itali sehingga separuh masa pertama.

Insiden ‘Dollarumma’ mewarnai perlawanan ini, apabila penyokong Milan di Poland menabur duit tiruan ke arah Donnarumma.

Namun, gawang Denmark mula bocor pada minit ke-54. Gol tersebut dijaringkan oleh Lorenzo Pellegrini.

Andrea Petagna menjaringkan gol kedua Itali pada minit ke-86. Pemain terbaik perlawanan diraih oleh Lorenzo Pellegrini.

Perlawanan kedua Kumpulan A

Slovakia bakal berhadapan England pada jam 12 malam Selasa. Manakala Sweden menentang tuan rumah, Poland pada jam 2.45 hari yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN