Rasmi: Keputusan Undian Kelayakan Pusingan Pertama Dan Kedua UCL 2017/18

Tirai kejohanan kelab berprestij Eropah dibuka dengan rasminya untuk 2017/18. UEFA telah mengadakan undian pusingan pertama kelayakan sebentar tadi.

Mungkin banyak nama kelab yang agak asing di bibir peminat bola sepak di Malaysia untuk pusingan kelayakan awal ini.

Menjadi tumpuan ialah kelab Kosovo, Trepca ’89 membuat penampilan sulung sebagai wakil liga domestik. Trepca menjadi juara Kosovar Superliga pada musim lalu.

Semua undian adalah berdasarkan ranking coefficient. Paskan yang di rangking lebih tinggi diletakkan sebagai pasukan ‘seeded’.

Untuk pasukan di ranking lebih rendah akan diletakkan sebagai pasukan ‘unseeded’.

Senarai penuh undian pusingan pertama kelayakan adalah seperti berikut:

Semua perlawanan kelayakan pusingan pertama akan dilangsungkan pada 27/28 Jun dan 4/5 Julai 2017.

Undian pusingan kedua kelayakan

Nama-nama besar seperti Celtic Glasgow (Scotland), Malmo (Sweden) dan Rosenborg (Norway) akan memulakan saingan di pusingan kedua kelayakan .

Ada beberapa nama yang kerap berada di UCL seperti Bate Borisov,  Apoel FC, FC Copenhagen,  Legia Warsaw, dan pasukan tumpuan FC Salzburg dari Austria.

Berikut merupakan undian penuh pusingan kedua kelayakan.

Semua perlawanan kelayakan pusingan pertama akan dilangsungkan pada 11/12 Julai dan 18/19 Julai 2017.

Kami mahu mendengar ramalan anda mengenai kelab yang akan mara ke pusingan kumpulan. Mungkin ada muka baru yang muncul di saingan kumpulan kejohanan ini.

Apa pendapat anda? Ada tak pasukan yang anda sokong berada dalam senarai awal ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN