Belgium menjadi pasukan kedua yang mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Euro 2020 selepas bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Denmark di Copenhagen.
Belgium seharusnya berterima kasih kepada Kevin de Bruyne yang baru kembali dari kecederaan hidung dan soket mata dengan hadir tepat pada masanya untuk menginspirasikan pasukan yang ‘hilang arah’ pada separuh masa pertama.
🇧🇪 The difference 👊
Describe Belgium's second-half display…#EURO2020 pic.twitter.com/6acZjjbswG
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 17, 2021
Denmark bagai ‘dirasuk’ semangat Christian Eriksen apabila mendahului seawal seminit 39 saat bermula dari Pierre-Emile Hojberg yang berjaya memintas hantaran Jason Denayer sebelum melorongkan bola kepada Yussuf Poulsen yang membuat rembatan deras ke penjuru kiri gawang menewaskan Thibaut Courtois.
Permainan dihentikan sejenak pada minit ke-10 bagi memberi penghormatan kepada Eriksen dengan semua pemain serta penyokong memberikan tepukan gemuruh. Ia simbolik kepada jersi nombor 10 yang digunakan oleh pemain Inter Milan tersebut dalam kejohanan ini.
🇩🇰 🇧🇪 ❤️#EURO2020 pic.twitter.com/NcFZ0pC5UB
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 17, 2021
Denmark jelas pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama perlawanan dengan Belgium bergelut untuk mencipta gerakan-gerakan merbahaya sehinggakan kelibat Romelu Lukaku seolah-olah hilang dari permainan.
Bagaimanapun keputusan Roberto Martinez memasukkan Kevin de Bruyne pada permulaan babak kedua jelas memberi impak yang cukup besar apabila pemain tersebut menjadi arkitek penting dalam mencipta gol penyamaan Belgium pada minit ke-55.
Selepas mendapat hantaran Lukaku di dalam kotak penalti, beliau bijak mengatasi kawalan pertahanan dan melintangkan bola kepada Thorgan Hazard yang mudah menembusi gawang gol bagi mengikat kedudukan 1-1.
IMPACT.
De Bruyne 👏👏👏#EURO2020 pic.twitter.com/QqDDgFkTuL
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 17, 2021
Pemain tengah Manchester City itu kemudian muncul penjaring gol kemenangan Belgium pada minit ke-70 hasil gerakan berpasukan yang cukup menakjubkan melibatkan Lukaku dan dua beradik Hazard sebelum Bruyne melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan Kasper Schmeichel.
Ketinggalan satu gol, pasukan tuan rumah tidak berhenti mengasak dengan melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan.
Pada penghujung perlawanan Martin Braithwaite terlepas peluang terbaik Denmark untuk menyamakan kedudukan selepas tandukannya sekadar singgah di palang gol ketika Courtois sudah pun tertewas.
Kemenangan ini meletakkan Belgium menerajui kumpulan B dengan enam mata dari dua perlawanan selepas turut meraih kemenangan 3-0 ke atas Rusia tempoh hari, sementara Denmark pula kekal tanda sebarang mata di tangga tercorot.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:
Pernah Jadi Buangan AC Milan, Locatelli Buktikan Dirinya Pemain Tengah Berkelas Dunia
Kenali Adik Beradik Jaguh Badminton Dunia Sebelum Jadi Doktor Selamatkan Nyawa Christian Eriksen
Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo