Superman Telah Kembali, Buffon Perkuat Parma Untuk Saingan Musim Hadapan

Gianluigi Buffon masih belum mahu bersara daripada bola sepak walaupun kini sudah berusia 43 tahun.

Menurut Goal, penjaga gol legenda Itali itu kini sah menyertai kembali Parma dengan kontrak selama dua tahun selepas meninggalkan Juventus pada musim panas lalu.

Buffon meninggalkan Juventus buat kali kedua pada Mei lalu, setelah kembali menyertai kelab Turin itu pada 2019 selepas semusim bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Penjaga gol itu sebelum ini berkata beliau mungkin mempertimbangkan untuk bersara terus daripada bola sepak, namun kini ianya jelas masa depan beliau adalah bersama Parma pada musim hadapan. Parma adalah kelab di mana karier profesional Buffon bermula pada 1995.

Bakal diperkenalkan secara rasmi

Buffon dilaporkan akan diperkenalkan secara rasmi oleh Parma di Stadium Ennio Tardini pada minggu ini dan diberikan kontrak untuk bersama kelab tersebut sehingga penghujung musim 2022/23.

Menjawab soalan wartawan ketika merasmikan kem musim panas anjurannya di akademi penjaga gol miliknya di Marina di Pietrasanta, penjaga gol veteran itu berkata: “Saya mahu meneruskan untuk bermain kerana saya merasakan diri sangat bagus.”

Buffon sebelum ini hanya beraksi 14 perlawanan untuk Juventus sepanjang musim 2020/21 dan beraksi sebagai penjaga gol kedua di belakang penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny.

Rekod dan legasi Buffon bersama Juventus

Penjaga gol yang pernah menjulang Piala Dunia bersama Itali itu bolos sembilan gol dan mengutip enam clean sheets.

Dalam tempoh itu, Buffon sempat membantu Juventus merangkul kejuaraan Coppa Italia  dan SupperCoppa untuk menambah koleksi kabinet kejuaraan yang sememangnya telah dihiasi dengan kejayaan penuh gemilang.

Buffon sememangnya sudah dianggap penjaga gol bertaraf legenda di Turin ketika beraksi bersama kelab tersebut dari 2001-2018. Beliau tampil dalam 656 perlawanan dan merangkul sembilan kejuaraan Serie A sepanjang tempoh itu.

Hanya Alesandro del Piero pernah merekodkan penampilan lebih banyak berbanding Buffon bersama Juventus, dan penjaga gol itu turut menjuarai 22 trofi keseluruhan, termasuk tiga penampilan di perlawanan akhir Champions League.

Sejarah bersama Parma

Buffon melakukan penampilan senior pertama bersama Parma pada usia 17 tahun pada November 1995. Beliau tampil dalam 220 perlawanan untuk kelab itu sebelum disambar oleh Juventus dengan nilai rekod jualan €52 juta pada 2001.

Bekas penjaga gol antarabangsa Itali itu pernah membantu Parma menjuarai Coppa Italia, Suppercoppa Italiana dan Piala UEFA, sambil merekodkan 85 clean sheet bersama kelab pertamanya itu.

Beraksi di saingan Serie B pada musim akan datang, cabaran Buffon ialah untuk membantu kelab pertamanya itu embali memenangi promosi ke saingan Serie A pada musim hadapan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Buffon melalui pautan:

Sarri: Tiada Kata Yang Boleh Menggambarkan Kehebatan Seorang Buffon

Antara Dua Gianluigi

Gianluigi Buffon Samai Rekod Penampilan Paolo Maldini

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN