Pernah Jadi Buangan AC Milan, Locatelli Buktikan Dirinya Pemain Tengah Berkelas Dunia

Manuel Locatelli Itali

Manuel Locatelli mempamerkan aksi luar biasa apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Itali menewaskan Switzerland 3-0 dalam aksi peringkat kumpulan kejohanan Euro 2020.

Kemenangan itu sekaligus menjadikan skuad Azzurri pasukan pertama layak ke pusingan 16 terakhir selepas mengumpul enam mata hasil dari dua kemenangan.

Locatelli membuka jaringan pada minit ke-26 selepas membuat larian bijak ke dalam kotak penalti untuk menyudahkan hantaran lintang rendah Domenico Berardi.

Beliau kemudian menambah gol  keduanya pada awal babak kedua menerusi rembatan deras rendah yang hanya mampu dilihat oleh penjaga gol lawan Yann Sommer.

Pada usia 23 tahun dan 159 hari, Locatelli merupakan penjaring gol termuda untuk kempen Euro 2020 setakat ini.

Aksinya mengawal permainan di bahagian tengah ternyata begitu memukau sehingga menenggelamkan nama-nama pemain lain seperti Jorginho dan Granit Xhaka yang lebih dikenali.

Siapa Locatelli?

Kariernya di peringkat kanak-kanak bermula dengan akademi Atalanta sebelum pencari bakat dari AC Milan merekrutnya ketika berusia 11 tahun.

Beliau kemudia menandatangani kontrak profesionalnya bersama Rossoneri ketika berusia 17 tahun pada Mac 2015 dan dipanggil menyertai skuad senior beberapa bulan selepas itu.

Debutnya hadir pada usia 18 tahun dalam aksi Serie A apabila masuk menggantikan Andrea Poli pada hujung perlawanan menentang Carpi dan diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama kira-kira sebulan kemudian.

Gaya permainan

Secara umumnya, posisi terbaiknya adalah perancang tengah yang beroperasi dalam memberi kestabilan di bahagian tengah pasukan. Kemahiran terbaik Locatello adalah mencipta gerakan dan peluang serta mengekalkan penguasaan bola dan menentukan tempo permainan pasukannya.

Apabila memegang bola, beliau mampu membina gerakan menerusi hantaran pendek atau membuat hantaran jauh tepat kepada penyerang selain mempunyai kepantasan, kawalan bola, teknik, visi dan gaya elegen,

Kemampuannya dalam membaca permainan, kadar-kerja pertahanan dan kebolehan perebutan bola juga merupakan aset pentingnya selaku pemain tengah yang lengkap dan serba boleh dalam bola sepak moden.

Terbuang tapi terbilang

Walaupun dianggap sebagai bintang masa depan Milan, bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah.

Projek ‘rejuvenasi’ Milan sekitar tahun 2017 hingga 2018 yang menyaksikan kelab itu ‘memborong’ pemain-pemain ternama yang membuatkan Locatelli kehilangan peluang untuk beraksi secara lebih kerap bersama pasukan.

Dengan kemasukan pemain seperti Lucas Biglia, Frank Kessie, Lucas Paqueta dan Tiemoue Bakayoko, Milan mengambil keputusan untuk ‘membuang’ Locatelli dengan meminjamkannya kepada Sassuolo dengan pilihan pembelian secara tetap.

Bagai burung phoenix bangkit dari abu

Meskipun kecewa, beliau tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuktikan sesuatu, musim pertamanya untuk Neroverdi, beliau telah membuat 31 penampilan dan menjaringkan tiga gol.

Ia telah menarik perhatian beberapa kelab ternama Eropah. Arsenal, Tottenham Hotspur, Manchester City dan Juventus adalah diantara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Namun Locatelli tekad untuk kekal di Stadium Mapei bagi membalas kepercayaan yang diberikan kelab itu kepadanya.

Penangguhan Euro mungkin satu hikmah besar buat pemain ini. Sekiranya ia diteruskan pada tahun lalu, kemungkinan besar beliau tidak akan disenaraikan memandangkan nama Locatelli hanya dipanggil menyertai skuad kebangsaan buat kali pertama pada September tahun lalu.

Debutnya adalah dengan memulakan perlawanan ketika Itali meraih kemenangan 1-0 ke atas Belanda dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Amsterdam. Bermula dari itu, beliau terus menjadi pemain penting buat Roberto Mancini sehingga hari ini.

Penutup

Apa yang boleh dipelajari daripada perjalanan karier Locatelli ini adalah sikap tidak mudah berputus asa. Kekecewaan yang dihadapi hari ini tidak perlu diratapi, tetapi buktikan dengan usaha untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.

Locatelli telah memperkenalkan dirinya kepada dunia bahawa beliau merupakan pemain tengah berkelas dunia yang perlu diberi perhatian dalam kejohanan ini.

Dua kemenangan yang diraih ini mungkin satu isyarat jelas oleh Itali bahawa mereka merupakan calon utama untuk muncul juara. Mereka belum pernah tewas di peringkat antarabangsa sejak September 2018 dan masih belum bolos sebarang gol sepanjang tahun ini.

Skuad ini tentunya akan lebih merbahaya dengan kehadiran Marco Verratti yang masih belum cergas sepenuhnya dan dikhabarkan bakal diturunkan untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Wales.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:

Kenali Adik Beradik Jaguh Badminton Dunia Sebelum Jadi Doktor Selamatkan Nyawa Christian Eriksen

Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo

Perdana Menteri Gilakan Bola Sepak Realisasikan Puskas Arena Benarkan 100% Kapasiti Kehadiran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN