Eto’o : “10 Teratas Atau Awak Dapat €100,000”, Janji Eto’o Kepada Penyokong Istimewa

Karier Samuel Eto’o di kelab Turki Antalyaspor agak suram setakat ini. Walaupun Eto’o menjaringkan banyak gol, tetapi ia masih gagal membantu aksi teruk pasukan tersebut dalam 2 musim pertama beliau di sana.

Hinggakan pada suatu ketika musim lalu Samuel Eto’o dilantik menjadi interim pengurus-pemain selepas pemecatan jurulatih pasukan.

Musim ini pula, Antalyaspor kini berada di tangga tercorot liga setelah cuma mengutip 3 mata daripada 21 mata yang ditwarkan.

Jadi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan appabila ramai penyokong mereka marah dengan keadaan itu setelah dijanjikan kempen yang lebih baik.

Penyokong kecewa dengan kelab polisi kelab yang dianggap tidak jelas hala tuju dan kerap menjual pemain-pemain setiap kali jendela perpindahan.

Pada suatu hari, seorang penyokong setia Antalyaspor menghampiri Eto’o dan meluahkan kekecewaan beliau. Pada masa yang sama, dia mahukan penjelasan tentang prestasi hambar pasukan yang dia sayangi.

Mendengar luahan kecewa peminat itu, Eto’o cuba menenangkan beliau. Namun peminat tersebut tetap mahukan penjelasan lebih baik.

Eto’o akhirnya memutuskan untuk menamatkan dialog mereka denga dengan cara yang tidak dijangka.

Eto’o berjanji akan memberikan beliau €100,000 secara peribadi sekiranya pasukan itu gagal menamatkan liga musim ini di 10 teratas.

“Kita akan menamatkan liga dalam kelompok 10 teratas Super Lig. Saya akan pegang kata-katan dan janji saya pada awak,”

“Percayalah, saya akan berikan awak €100,000 jika kita gagal berada di 10 teratas.”

“Ini bukan ayat manis, seseorang (wartawan) tolong ambil maklumat beliau dan catat. Supaya akhir musim ini saya senang nak mencari dia.”

Samuel Eto’o memang dikenali dengan sikap beliau yang dekat dengan peminat. Ia mungkin salah satu cara dia mahu memotivasikan dirinya dan meyakinkan peminat untuk sentiasa menyokong pasukan.

Baca juga : 6 Pemain Bola Sepak Yang Bersara Ketika Karier Mereka Sedang Berada Di Puncak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN