6 Pemain Bola Sepak Yang Bersara Ketika Karier Mereka Sedang Berada Di Puncak

Ia merupakan satu perkara yang menyedihkan apabila melihat seorang pemain yang berpotensi tinggi bersara sebelum waktunya.

Lebih-lebih apabila mereka sedang berada di kemuncak prestasi karier mereka.

Untuk itu, kami bawakan 6 pemain yang bersara ketika mereka masih lagi di puncak karier mereka.

1. Hidetoshi Nakata

maxresdefault-2

Nakata merupakan penggerak generasi pemain Jepun untuk bermain di Eropah.

Dikenali sebagai Si Permata Kecil, pemain yang sering beraksi baik ini berjaya memenangi hati para peminat ketika beraksi di Perugia dan AS Roma.

Itu cerita di dalam padang, di luar padang beliau merupakan seorang individu yang mempunyai nilai pemasaran (market value) yang tinggi.

Nilainya di luar padang semakin meningkat selepas beliau berpindah dari AS Roma ke Parma pada 2001.

Tetapi pada 2006, Nakata mengejutkan dunia apabila mengumumkan persaraan pada usia 29 tahun.

Ia dilakukan selepas perlawanan antara Jepun dan Croatia dalam Piala Dunia FIFA 2006.

Nakata katakan beliau sudah bosan dengan dunia bola sepak.

“Hari demi hari saya sedar bola sepak kini menjadi satu bisnes besar. Semua pasukan hanya main kerana untuk wang bukan kerana cinta terhadap bola sepak.”

Kini berusia 39 tahun, Nakata menjadi usahawan arak Jepun iaitu sake serta menjadi duta kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

2. Carlos Roa

david-batty-1

Carlos Roa menjadi individu yang mematahkan hati seluruh rakyat England apabila menyelamatkan penalti David Batty ketika Piala Dunia 1998.

Namun pada 1999 selepas memenangi pertandingan UEFA Cup Winners’ Cup bersama Real Mallorca, Roa membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan pasukannya itu.

Hal ini kerana beliau mahu menumpukan kepada agama serta risaukan kiamat akan berlaku.

“Tahun 2000 merupakan tahun yang sukar, di dunia ini terdapat peperangan, kebuluran, kemiskinan dan banjir.”

“Saya pasti mereka yang tidak dekat dengan Tuhan ini memilih untuk tinggal dalam pelbagai masalah.”

3. David Bentley

david-bentley_1-1

Pernah satu ketika digelar sebagai jelmaan David Beckham. Bentley merupakan salah satu di antara bakat-bakat berkualiti dalam bola sepak yang berhenti separuh jalan.

Bentley bermula dengan karier sebagai pemain Arsenal dan berhijrah ke Blackburn Rovers selepas gagal mendapatkan tempat di Arsenal.

Prestasi cemerlang beliau di Blackburn menarik perhatian Totteham Hotspur untuk mendapatkannya.

Namun ketika karier sedang berada di puncak, Bentley mengumumkan persaraan dari bola sepak.

Beliau menelefon Sky Sports sambil menangis mengumumkan persaraan beliau. Menurut Bentley, beliau sudah hilang minat terhadap bola sepak.

4. Mario De Castro

mario-de-castro

Nama beliau mungkin asing bagi kebanyakan peminat bola sepak. Namun beliau merupakan seorang pemain yang mempunyai nisbah gol kepada perlawanan (goals-to-games ratio) terbaik di dunia dengan 1.95 (195 gol dari 100 perlawanan).

De Castro pernah mencipta gandingan 3 serangkai bersama dengan Jairo de Assis Almeida dan Said Paul Arges ketika beraksi untuk Athletico Mineiro sekitar 1926-1931.

De Castro merupakan seorang yang keras kepala. Beliau pernah menolak untuk mewakili Brazil di Piala Dunia 1930 kerana skuad Brazil tidak menganggap beliau sebagai penyerang pilihan pertama.

Saat beliau bersara tiba apabila beraksi untuk perlawanan terakhir liga. Ketinggalan 3-0 ketika menentang Vila Nova pada separuh masa pertama, De Marcos menjadi wira pasukan apabila menyumbat 4 gol pada separuh masa kedua.

Ketika semua peminat Athletico Mineiro sedang bergembira meraikan kemenangan, seorang pengarah Athletico Mineiro menembak mati penyokong Vila Nova.

De Castro yang berang dengan insiden itu serta-merta bersara bola sepak pada usia 26 tahun. Selepas bersara, pemain yang mempunyai kelulusan perubatan menjadi doktor sehingga akhir hayatnya.

5. Peter Knowles

peter-knowles-wolves-1

Knowles merupakan bintang masa depan England ketika zamanya sekitar 60-an hingga 70-an apabila merupakan bakat muda terhangat untuk skuad bawah 23 tahun England.

Bintang Wolverhampton Wanderers ini pernah menolak tawaran bermain untuk Bill Shankly di Liverpool. Namun pada usia 23 tahun, Knowles memilih untuk bersara dari bola sepak.

Knowles memilih untuk mendekati agama selepas didekati oleh 2 orang paderi ketika mengikuti latihan pra-musim di Amerika Syarikat.

“Saya boleh teruskan karier saya namun saya sudah hilang minat dengan bola sepak.”

“Walaupun saya masih boleh berikan yang terbaik untuk pasukan di atas padang, namun saya memilih untuk mempelajari kita Injil (Bible) dan bersara.”

Rakan sepasukan serta kelabnya merasakan Knowles hanya bermain-main dengan hasratnya. Mereka masih lagi menunggu kepulangan Knowles ke kelab sehingga tahun 1982 namun beliau tidak kunjung tiba.

6. Espen Baardsen

4992-1

 

Baarden bersara dari kariernya pada usia 25 tahun selepas hanya menjadi penjaga gol kedua di setiap kelab yang beliau main – Tottenham Hotspur, Watford, Sheffield United, Everton.

Beliau bosan menjadi pemain bola sepak kerana gajinya terlalu kecil. Beliau pernah ditawarkan oleh Neil Warnock gaji yang lebih rendah dari seorang pemandu kereta api.

Baarden bersara dan menyambung pelajaran dalam bidang perbankan. Dan beliau kini menjadi individu yang menguruskan urusan yang bernilai berjuta ringgit. Lebih untung dari apa yang beliau dapat sebagai penjaga gol.

Baca juga: Dani Osvaldo Bersara, Tolak Tawaran Bermain Di Chievo Untuk Jadi Bintang Rock

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN