Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 9

Sepanjang minggu ini, terdapat beberapa pemain EPL yang terlibat dengan perlawanan persahabatan negara dan berjaya menunjukkan prestasi yang baik.

Untuk perlawanan tumpuan pada minggu ini, dijangka perlawanan penutup minggu bakal mencuri tumpuan orang ramai.

Jose Mourinho bakal kembali ke Standford Bridge dan kali ini hadir sebagai pengurus kepada pihak lawan mereka iaitu Manchester United.

Berikut merupakan tips FPL sempena minggu ke-9.

Penjaga gol

Britain Football Soccer - Stoke City v Hull City - EFL Cup Third Round - bet365 Stadium - 16/17 - 21/9/16 Stoke City's Lee Grant Action Images via Reuters / Craig Brough EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. Please contact your account representative for further details.

Stoke City mungkin antara pasukan yang sedang bergelut dengan relegation battle. Pasukan ini bolos dengan 13 gol di dalam 5 perlawanan pertama.

Sejak kehadiran Lee Grant rekod bolos mereka ternyata berubah. Stoke City cuma bolos 2 goal di dalam 3 perlawanan terakhir. Sebuah rekod yang sangat baik buat pasukan yang berada di tangga ke-18 liga.

Lee Grant setakat ini berjaya mendapatkan 1 clean sheet serta berjaya membuat 11 saves untuk 3 perlawanan terakhir. Tidak dilupakan juga aksi beliau ketika menentang Man Utd dimana beliau telah membuat 8 saves.

Berdasarkan prestasinya, boleh dikatakan Lee Grant merupakan penjaga gol terbaik jika anda mahukan penjaga gol pada harga yang rendah.

Tindakan Jurgen Klopp untuk memilih Loris Karius baru-baru ini mula menunjukkan kesan positif. Liverpool sekadar bolos 2 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.

Dibantu oleh gandingan Joel Matip dan Dejan Lovren, Karius berjaya mendapatkan clean sheet.

Menentang West Brom pada minggu ini di Anfield mungkin bakal meningkat peluang mereka untuk mendapatkan clean sheet kedua mereka berturut-turut.

Pertahanan

jose-holebas-watford-2015_3358266

Jose Holebas dibawah pengurusan Walter Mazzarri hadir sebagai individu yang berbeza. Holebas kini lebih kerap naik membantu membuat serangan meskipun beliau merupakan seorang pemain pertahanan.

Setakat ini Holebas sudah berjaya mendapatkan 2 gol. 5 bonus mata berjaya dikutip melalui 2 perlawanan terakhir.

Menentang Middlesbrough mungkin akan memudahkan tugas Arsenal untuk mendapatkan clean sheet pada minggu ini.

Apatah lagi dengan prestasi sekarang ini setelah berjaya membenam Ludogarets dengan jaringan 6-0.

Jika anda mempunyai budget lebih, kami cadangkan untuk mendapatkan Laurent Koscielny.

Koscielny setakat ini berjaya mendapatkan 2 gol musim ini. Berdasarkan markah FPL, beliau bukan sahaja pemain yang bermain dengan konsisten buat Arsenal, malah rekodnya markahnya jauh lebih baik berbanding Hector Bellerin.

West Ham akhirnya berjaya mendapat kemenangan kedua mereka pada musim ini semasa menentang Crystal Palace pada gameweek lepas.

Kejayaan tersebut dilihat lebih manis buat West Ham setelah berjaya mendapatkan 3 mata penuh di tempat pihak lawan serta berjaya mendapatkan clean sheet.

Bermain dihalaman sendiri pada minggu ini, kami berpendapat West Ham mampu mengulangi kejayaan gameweek lepas apabila bertemu pasukan tercorot liga iaitu Sunderland.

Pemain Tengah

LONDON, ENGLAND - APRIL 18:  Mesut Oezil of Arsenal and Alexis Sanchez of Arsenal make their way out for the second half during the FA Cup Semi-Final match between Arsenal and Reading at Wembley Stadium on April 18, 2015 in London, England.  (Photo by Michael Regan - The FA/The FA via Getty Images)

Mendapatkan Mesut Ozil atau Alexis Sanchez tidak pernah menjadi kesalahan. Malah gandingan dua pemain ini ketika ini berjaya memberikan kemenagan berturut-turut buat Arsenal.

Masing-masing kerap membuat terlibat dalam serangan dan mendapatkan sama ada gol atau assist pada hampir setiap perlawanan.

Mesut Ozil pula pada minggu ini berjaya mendapatkan hat-trick semasa menentang Ludogorets tempoh hari.

Dalam pada itu, tahukah anda Theo Walcott hadir sebagai pemain yang mengutip mata tertinggi FPL buat pasukan Arsenal.

Walcott berjaya mendapatkan 5 gol, 3 assist dan 4 mata bonus pada musim ini. Lebih menarik, harganya yang lebih rendah berbanding Sanchez dan Ozil mungkin akan memberi pilihan buat mereka yang tidak mempunyai budget yang cukup untuk membeli pemain.

Dele Alli kini berjaya untuk kembali ke prestasi beliau yang baik seperti musim lepas. Alli berjaya mendapatkan 3 gol di dalam 4 perlawanan terakhir termasuk gol penyelamat pada minggu lepas menentang West Brom.

Setelah 8 perlawanan berlangsung di EPL, Sunderland dibawah pengurusan David Moyes gagal untuk mendapatkan sebarang kemenangan. Sunderland sekadar berjaya mengutip 2 mata setakat musim ini.

Menentang West Ham pada minggu ini, kami yakin Dimitri Payet dapat buktikan sesuatu.

Siapa sangka Bournemouth mampu membenam Hull City dengan jaringan 6-1. Junior Stanislas muncul sebagai pemain terbaik perlawanan setelah berjaya mendapatkan 2 gol dan 2 assist.

Penyerang

diegocostadynamo

Konsistensi Sergio Aguero untuk menjaringkan gol akhirnya berakhir.

Aguero kini gagal untuk menjaringkan sebarang gol melalui 3 perlawanan terakhir. Percaturan Pep untuk tidak meletakkan Sergio Aguero sebagai First XI sedikit sebanyak telah mengurangkan peluang Aguero untuk mendapatkan goal.

Dalam pada itu, Diego Costa mula mencuri tumpuan dengan penjadi penjaring terbanyak EPL setakat ini.

Costa berjaya untuk mendapatkan 7 goal dan 2 assist. Menentang pasukan Man Utd di Stanford Bridge yang mempunyai rekod bolos yang tinggi mungkin akan meningkatkan peluang Costa untuk mendapatkan gol.

Sejak ketiadaan Graziano Pelle, Charlie Austin mula mencuri tumpuan peminat Southampton.

Pada minggu lepas, Austin sekali lagi berjaya membuktikan ketajaman beliau di hadapan pintu gol dengan mendapatkan 2 gol.

Jaringan beliau pada minggu lepas telah melebarkan rekod beliau kepada 4 goal dan 1 assist di dalam 4 perlawanan terakhir.

Sebuah rekod yang agak baik untuk pemain yang berharga (6.5).

Romelu Lukaku pada minggu lepas berjaya mendapatkan 1 gol sekaligus menghalang Man City untuk mendapatkan 3 mata penuh.

Setakat ini Lukaku berjaya mendapatkan 6 gol di dalam 5 perlawanan terakhir.

Lebih menarik, Everton bakal bertemu dengan pasukan Burnley. Pasukan yang bolos dengan 3 gol pada gameweek lepas. Dengan prestasi baik Lukaku sekarang ini tidak mustahil beliau mampu melebarkan lagi rekod jaringannya.

Pilihan Kapten

  1. Alexis Sanchez (Arsenal)
  2. Mesut Ozil (Arsenal)
  3. Romelu Lukaku (Everton)

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Taktikal Bertahan United Menggagalkan Bola Sepak Fluid Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN