Esteban Solari Mahu Pertahanan JDT Peka Hadapi Ulsan Hyundai

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari antara menjadi tumpuan untuk aksi hari ini membabitkan pasukan kendaliannya itu berdepan Ulsan Hyundai bagi saingan AFC Champions League (ACL) peringkat Kumpulan I.

Beraksi di laman sendiri, JDT dilihat mempunyai sedikit kelebihan daripada segi sokongan moral yang akan diberikan oleh para penyokong setia Harimau Malaya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Apatah lagi, rekod pertemuan kedua pasukan tersebut pada tahun lalu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) juga memihak kepada JDT selepas kelab tersebut mencatat kemenangan sebanyak dua kali.

Apapun, Solari sudah tentu tidak akan memikirkan rekod lalu kerana mereka telah pun ditewaskan oleh Ulsan pada perlawanan lalu di Stadium Bola Sepak Munsu menerusi keputusan 1-3.

Kebangkitan perlu dilakar kembali pasukan tersebut dalam usaha untuk mencari mata serta mencerahkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik.

Mengulas tentang perlawanan malam ini, Solari mempunyai harapan untuk cuba melakar kejutan berdepan pasukan pelawat biarpun sedar tentang cabaran bakal diberikan Ulsan.

Ketika ini, momentum Juara K-League 1 itu berada di tahap terbaik selepas kejayaan mereka untuk menewaskan Daegu 2-0 pada 29 Oktober lalu dan sudah tentu ia mahu dikekalkan pada perlawanan malam ini.

“Ya kita akan menentang juara liga Korea tapi itu bukan alasan untuk terlalu menghormati mereka, sebaliknya semua pemain JDT begitu bermotivasi dan sentiasa fokus malah sedar pentingnya aksi malam esok.

“Kami kena bekerja lebih keras lagi dan pemain sedar apa yang perlu dilakukan nanti terutama dalam babak pertama perlawanan kerana berdepan Ulsan memerlukan mentatili kuat bagi mengimbangi kekuatan pasukan itu.

“Berbekalkan prestasi memuaskan dalam aksi Liga Super dan saingan separuh akhir Piala Malaysia, kami mahu sesuatu dalam saingan ACL dan ianya bukan misi hidup atau mati kerana dalam permainan bola sepak semuanya perlu konsisten dan mengekalkan corak permainan berintensiti tinggi,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Solari juga mahu memastikan para pemain kendaliannya tidak membuat sebarang kesilapan mudah yang memberi peluang buat penguasaan pasukan lawan.

“Jika diimbas permainan lalu, kita banyak belajar apa yang berlaku selepas mereka jaringkan gol. Malah ia juga berlaku ketika menentang BG Pathum United dan ia tidak boleh lagi berulang kerana akan menjejaskan permainan kami.

“Jadi kita kena berusaha mendominasi permainan dan cuba bermain ofensif selain memperkemaskan lagi benteng pertahanan yang agak longgar apabila begitu mudah membuka ruang kepda lawan menjaringkan gol,” kata Solari.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN