Bergson da Silva Jadi Tumpuan Utama JDT Untuk Berdepan Ulsan Hyundai

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva antara yang akan menjadi tumpuan utama bagi saingan AFC Champions League (ACL) malam ini bagi peringkat Kumpulan I dengan pertemuan seterusnya menentang Ulsan Hyundai.

Terdahulu, JDT mencatat kekalahan ketika bertemu gergasi dari Korea Selatan itu pada 24 Oktober, menerusi keputusan penuh 1-3 di Stadium Bola Sepak Munsu.

Gol tunggal JDT ketika itu terhasil menerusi penyerang sensasi mereka iaitu Bergson pada minit ke-53 setelah ketinggalan dengan tiga jaringan pasukan lawan pada separuh masa pertama.

Walaupun merekodkan kekalahan, secara keseluruhannya JDT berjaya memberi tentangan sengit khususnya pada aksi separuh masa kedua dengan siri serangan bertali arus.

Malah, skuad kendalian Esteban Solari juga ketika itu berjaya membuktikan JDT tidak mudah untuk dibuli pasukan yang lebih kuat walaupun beraksi di gelanggang lawan.

Untuk aksi malam ini, beberapa pemain Harimau Selatan dilihat bakal mencuri tumpuan menerusi aksi mereka di atas padang untuk membantu JDT meraih keputusan positif di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Antara pemain tersebut sudah tentu terarah kepada Bergson yang kini sudah pun meledak dua jaringan daripada tiga perlawanan musim ini bagi aksi peringkat kumpulan saingan ACL.

Seperti diketahui, penyerang dari Brazil ini sudah pun mempamerkan kualiti cukup berbisa bersama JDT sejak beberapa musim dan meneruskan konsistensi di hadapan gol setiap kali dibawa turun beraksi.

Tampil dengan kekuatan fizikal serta berkebolehan tinggi melepaskan rembatan dari pelbagai sudut, pastinya Solari akan terus menggunakan khidmat pemain ini dalam kesebelasan utama untuk menggempur kubu pertahanan Ulsan Hyundai.

Arif Aiman Hanapi

Setakat ini, prestasi Arif boleh dikatakan berada dalam cukup sempurna untuk meneruskan momentum positif bersama JDT di posisi serangan.

Untuk saingan ACL ini sahaja, Arif sudah pun membuktikan beliau bukan sekadar ‘jaguh kampung’ seperti yang diperkatakan sesetengah pihak selepas pemain tersebut meledak dua gol daripada tiga perlawanan.

Walaupun Arif tidak menghasilkan sebarang gol ketika bertemu Ulsan Hyundai lalu, secara keseluruhan impak ditinggalkannya cukup besar menerusi kelincahan serta kreativiti pemain itu melepaskan hantaran-hantaran berbahaya.

Nathaniel Shio Hong Wan

Pemain tengah ini boleh dianggap sebagai nadi utama buat JDT sejak awal musim 2023, selepas beliau berjaya memberi impak cukup besar buat pasukan tersebut dalam setiap perlawanan dihadapi.

Hong Wan bukan sahaja memiliki keupayaan tinggi mengawal tempo permainan, malah beliau juga memiliki kelebihan untuk melepaskan rembatan jarak jauh dengan begitu tepat ke arah gawang.

Gandingan beliau bersama Afiq Fazail musim ini boleh dikatakan cukup cemerlang serta mendapat pujian daripada rata-rata penyokong menerusi media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN