FAM Perkenal Harga Rasmi Tiket Untuk Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun memperkenalkan harga rasmi tiket untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi menerusi satu kenyataan dikongsikan laman web mereka sendiri.

Kenyataan itu juga dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali kesembilan bagi penggal 2021-2025 yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden organisasi tersebut, Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

Malaysia bakal bertemu Repbulik Kyrgyz pada 16 November ini pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk saingan Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menurut FAM, harga tiket yang telah ditetapkan mereka pada perlawanan tersebut ialah RM40 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi Kategori Terbuka, sementara RM60 untuk Grandstand serta RM80 Kategori Premium.

“Penetapan harga-harga tiket tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk peningkatan semasa kos-kos berkaitan iaitu melibatkan kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.

“Selain itu, penetapan harga RM40 bagi Kategori Terbuka adalah berdasarkan taraf perlawanan ini iaitu perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang pastinya berbeza dengan harga tiket Perlawanan Antarabangsa Tier 1 iaitu RM30 bagi Kategori Terbuka,” jelas FAM.

Jelas FAM lagi, setiap daripada RM1 daripada jualan tiket bagi setiap kategori akan disumbangkan kepada tabung khas Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

Ianya sebelum itu sudah pun dilaksanakan pada aksi akhir Pestabola Merdeka 2023 lalu ketika Malaysia berdepan Turkmenistan dengan setiap daripada RM1 disumbangkan buat kempen tersebut.

Seterusnya, RM2 daripada harga tiket itu juga akan disumbangkan buat tabung Palestin dalam usaha mereka untuk mengurangkan beban serta membantu pergolakan yang berlaku di sana.

“Penjualan tiket bagi perlawanan menentang Republik Kyrgyz ini adalah sepenuhnya secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula esok (Selasa, 7 November 2023) sehingga ke hari perlawanan (Khamis, 16 November 2023). Tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium atau mana-mana premis,” tambah FAM.

Selain memfokuskan harga tiket perlawanan, beberapa perkara turut dikongsikan FAM pelancaran Peta Hala Tuju F:30 pelan kedua tindakan strategik 2023-2026.

Terdahulu, FAM turut mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dan akan bermula pada hari Jumaat ini.

Antara nama yang dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan kali ini ialah Afiq Fazail, Shahrul Saad, Mohamdou Sumareh, Nooa Laine, serta beberapa lagi pemain lain.

Malah, Kim Pan-gon juga mengekalkan 20 daripada 25 pemain yang dipanggil ketika aksi Pestabola Merdeka lalu.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN