Esteban Solari Harap Pemain JDT Beri Aksi Terbaik Untuk Mara Ke Final

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari menjadi antara yang bersemangat kini untuk mengharungi aksi kedua Piala Malaysia 2023 bertemu Perak pada malam ini.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri yang merupakan laman sendiri buat JDT, ia bakal memberi suntikan moral kepada pasukan tersebut untuk menghadapi skuad kendalian Yusri Che Lah.

Sebelum itu, Solari berjaya membawa JDT selangkah ke final Piala Malaysia, selepas kejayaan pasukan tersebut mengatasi Perak di pusingan pertama menerusi kemenangan besar 4-1 di Ipoh.

Malah, pasukan tersebut juga kini masih lagi segar dengan kemenangan 2-0 mereka untuk mengatasi Kelantan United dalam saingan Liga Super beberapa hari lalu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Pastinya aksi malam ini pasukan tersebut tampil lebih bersedia untuk menghadapi kebangkitan pelawat dengan meneruskan momentum terbaik mereka di laman sendiri.

Walaupun sudah melakar kemenangan 4-1 sebelum itu di pusingan pertama, pengendali dari Argentina ini enggan menganggap mereka kini selesa dan segalanya masih tidak terjamin, kerana masih ada tempoh 90 minit untuk diharungi pasukan tersebut.

Malah, cabaran Perak juga tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan tersebut masih segar dengan kemenangan besar 8-0 ketika mereka mengatasi Kelantan sebelum ini.

Sudah tentu Solari menyedari situasi tersebut, apatah lagi skuad kendaliannya juga menghadapi tentangan sengit ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia lalu sebelum mereka berjaya mencipta kemenangan besar.

“Justeru, kesemua pemain dilihat perlu terus fokus bagi mengharungi aksi tersebut dalam usaha meraih kejayaan dan menempah slot ke pentas final di hadapan penyokong sendiri.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita biasanya akan memfokus satu perlawanan demi satu perlawanan kerana ia merupakan motivasi kita untuk perlawanan seterusnya.

“Dalam hal ini, fokus kami ketika ini adalah bagi mengharungi perlawanan dengan Perak dan berharap dapat memberikan aksi yang terbaik untuk layak ke final,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Solari juga mengakui persiapan semasa pasukannya berada dalam keadaan terbaik dan mereka sedia bersemangat untuk mengharungi perlawanan malam ini.

“Sebenarnya, sejak dahulu lagi kami sentiasa menyifatkan setiap perlawanan yang kami harungi ibarat aksi final dan ini membuatkan kesemua pemain memberikan yang terbaik ketika beraksi di padang,” tegas Solari.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN