Siapa Lebih Layak Rangkul Gelaran Penyerang Terbaik ABK 2023?

Pencalonan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 telah pun dikeluarkan dengan salah satu kategori paling mencuri tumpuan terarah kepada calon penyerang terbaik bagi musim ini.

Seramai 10 orang pemain telah pun dicalonkan, dengan tiga daripadanya merupakan bintang muda negara yang dianggap turut menampilkan aksi cukup menyerlah tahun ini bersama pasukan masing-masing.

Haqimi Azim menjadi satu-satunya pemain paling muda yang tercalon dalam kategori penyerang terbaik musim ini, diikuti Arif Aiman Hanapi, Gabriel Nistelrooy, serta bingang meningkat naik Terengganu, Syahmi Zamri

Antara yang tersenarai kali ini juga merupakan bekas penyerang kebangsaan yang pernah suatu ketika sedikit sunyi dalam arena bola sepak tanah air iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan kini sedang menyerlah bersama Perak.

Jika dilihat pada senarai ini, kelibat penyerang lincah PDRM iaitu Nabil Latpi juga tidak boleh dipandang ringan kerana sumbangan beliau bersama pasukan tersebut juga sangat tinggi.

Begitu juga dengan Shahrel Fikri yang pada awal musim ini begitu berbisa bersama Negeri Sembilan sebelum sedikit suram selepas itu kerana mengalami masalah kecederaan.

Pencalonan kepada Engku Nur Shakir boleh dianggap sebagai suatu pencapaian terbaik sebenarnya buat pemain tersebut selepas beliau mengalami peningkatan daripada segi prestasi begitu mendadak bawah kendalian Tomislav Steinbrucnker.

Tiga calon hangat yang dianggap bakal bersaing sengit untuk meraih kejuaraan tersebut terarah kepada bintang Selangor iaitu Faisal Halim, Arif Aiman, serta penyerang berbisa Sabah, Darren Lok.

Ketiga pemain ini boleh dianggap sangat konsisten daripada segi sumbangan mereka bersama kelab atau buat pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Faisal Halim boleh dianggap sebagai calon popular kerana kredibiliti beliau bersama skuad kebangsaan sangat menonjol di posisi serangan.

Kejayaan penyerang ini meledak gol ketika bertemu China antara akan menjadi bualan hangat selain kelincahannya dalam aksi domestik bersama Selangor untuk membentuk gandingan mantap dengan Ayron Del Valle.

Arif Aiman juga dilihat memiliki potensi cukup besar untuk menggenggam kejuaraan itu selepas pemain muda tersebut sentiasa mencipta sesuatu mengujakan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan kebangsaan.

Siapa sahaja boleh lupakan dua jaringan beliau di pentas AFC Champions League (ACL) ketika JDT cemerlang menewaskan BG Pathum di gelanggang pasukan lawan.

Penyerang berbisa Sabah iaitu Darren Lok juga boleh dianggap sedang mengharungi musim terbaik beliau kini bersama pasukan tersebut selepas mencatat empat jaringan daripads tiga perlawanan dihadapi dalam saingan AFC.

Malah, Darren juga menjadi salah satu tunjang penting buat pasukan negara yang bertindak sebagai penyerang utama serta memberi impak cukup besar dalam setiap perlawanan dihadapi.

Pandangan anda, siapa lebih layak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN