2 Bekas Penyerang Import Liga Malaysia Kini Berbisa Di Indonesia

2 bekas penyerang import yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) iaitu Gustavo Almeida serta David da Silva kini masing-masing bersaing selaku penjaring terbanyak untuk aksi Liga 1 Indonesia.

Terdahulu, Gustavo merupakan bekas penyerang Negeri Sembilan pada musim lalu dan dianggap sangat berbisa kerana kemasukan beliau pada pertengahan musim memberi impak cukup besar buat pasukan tersebut.

Namun, kontrak beliau tidak disambung pasukan tersebut pada musim ini dengan Gustavo kimi beraksi bersama Arema FC di Indonesia.

Musim pertama beliau di Indonesia kini boleh dianggap sangat menyerlah secara peribadi, selepas beliau sudah pun merekodkan 12 gol daripada 14 penampilan semasa bersama Arema.

Rekod jaringan itu menyaksikan beliau kini berada di tangga teratas penjaring terbanyak walaupun prestasi semasa pasukan diwakilinya iaitu Arema masih belum konsisten.

Uniknya, hampir separuh daripada jaringan tersebut dihasilkan beliau menerusi sepakan penalti dan selebihnya bergerak secara individu untuk memperoleh gol.

Selain tajam di hadapan gol, kekuatan fizikal serta kepantasan dimiliki Gustavo menjadikan beliau selaku salah seorang penyerang sangat berbahaya dan sukar untuk disekat pertahanan lawan.

Seorang lagi bekas penyerang import Liga M iaiti David da Silva bukan lagi satu nama asing dalam arena bola sepak di Indonesia kerana ketajaman dimiliki beliau sejak beberapa musim lalu.

Beliau terlebih dahulu mencipta nama bersama Persebaya Surabaya selaku antara penyerang paling berbisa di Indonesia, sebelum mengesahkan diri untuk menandatangani kontrak buat Terengganu pada mhsim 2021.

Malangnya, David seakan sukar untuk menyesuaikan diri dalam saingan Liga M bersama Terengganu ketika itu bawah kendalian Nafuzi Zain dengan hanya merekodkan tujuh jaringan daripada 15 penampilan.

Namun, di Indonesia penyerang dari Brazil ini boleh dianggap cukup prolifik selepas musim lalu beliau merekodkan 24 gol untuk menjadi penjaring kedua terbanyak dalam saingan Liga 1.

Musim ini, David sekali lagi mempamerkan konsistensinya bersama Persib Bandung bawah kendalian Bojan Hodak, setelah merekodkan 11 gol kini untuk terus mengejar Gustavo selaku penjaring terbanyak.

Jika dilihat pada kedua pemain ini, peluang untuk David memperoleh gelaran selaku penjaring terbanyak lebih tinggi kerana beliau dikeliling rakan sepasukan yang berkualiti jika dibandingkan Gustavo.

Namun, peluang masih lagi seimbang kerana aksi pusingan pertama Liga 1 baru sahaja tamat dan masing-masing boleh membuat persediaan untuk tampil lebih tajam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN