Leeds United yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 16 tahun bermula dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kekalahan tipis 4-3 kepada juara bertahan Liverpool.
Bagaimanapun aksi di Anfield yang berlangsung penuh dramatik itu menyaksikan pendatang baharu berkenaan berjaya bangkit setiap kali ketinggalan sebelum tewas dengan jaringan penalti Mohamed Salah pada lewat permainan.
Liverpool yang baru sahaja menjuarai liga buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun membuka akaun jaringan seawal minit keempat apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas percubaan penyerang mesir itu terkena tangan Robin Koch dalam kotak penalti.
💬 What did you think of our performance at Anfield? pic.twitter.com/kPbH4350ui
— Leeds United (@LUFC) September 12, 2020
Lapan minit kemudian, pemain sayap, Jack Harison menyamakan kedudukan buat pasukan perlawat bermula dengan hantaran cantik Kalvin Phillips dan berjaya mengatasi kawalan dua pemain pertahanan dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Alisson Becker.
The Kops kembali di depan pada minit ke-20 menerusi tandukan Virgil van Dijk yang menyambut hantaran Andrew Roberson dari sepakan penjuru, namun kesilapan pemain pertahanan Belanda itu 10 minit kemudian dimanfaatkan sepenuhnya oleh Patrick Bamford mengakibatkan gawang Liverpool bolos buat kali kedua.
Hanya tiga minit berselang, Salah melepaskan rembatan padu di dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-2 sehingga tamat separuh masa pertama.
Semangat melawan Leeds masih belum terpadam apabila kembali menyentak pasukan tuan rumah dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-66 hasil rembatan pemain tengah Poland, Mateusz Klich yang menerima hantaran Helder Costa.
Namun Liverpool memastikan reputasinya selaku gergasi utama bola sepak Inggeris kekal utuh dengan jaringan penalti Salah pada penghujung perlawanan selepas Fabinho dijatuhkan oleh penyerang baharu Leeds, Rodrigo Moreno dalam kotak penalti.
𝑩𝑶𝑺𝑺 x 𝑴𝑶🤗⚽️ pic.twitter.com/sctXVKmBWA
— Liverpool FC (@LFC) September 12, 2020
Marcelo Bielsa dalam temubual selepas perlawanan tidak terlalu kecewa dengan kekalahan tersebut apabila melihatkan semangat melawan yang dipamerkan anak buahnya yang hampir menghasilkan keputusan positif, namun terpaksa akur dengan kehebatan Liverpool.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: