Pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) Leeds United meneruskan rentak cemerlang mereka dengan mencatat satu lagi kemenangan selepas menewaskan Sheffield United 1-0 di Bramall Lane hasil jaringan Patrick Bamford pada minit-minit akhir perlawanan.
Penjaga gol kedua-dua pasukan beraksi cemerlang sepanjang perlawanan dengan menyelamatkan deretan percubaan. Ketika perlawanan dijangka bakal berakhir tanpa jaringan, Bamford meledak gol ketiganya musim ini menerusi tandukan hasil hantaran Jack Harrison hanya dua minit sebelum tamat.
Ianya merupakan kemenangan kedua buat skuad kendalian Marcelo Bielsa selepas turut merakam kemenangan 4-3 ke atas Fulham pada minggu lepas setelah tewas kepada Liverpool dengan jaringan sama dalam aksi pembukaan liga.
14 – Leeds United have won 14 of their last 17 league matches (D1 L2), keeping clean sheets in 11 of those wins. Marching. pic.twitter.com/QDXAsfrSha
— OptaJoe (@OptaJoe) September 27, 2020
Penjaga gol Illan Meslier menjadi individu paling mencuri tumpuan dengan aksi menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya terutamanya rembatan John Lundstram pada separuh masa pertama sekaligus mencatat rekod tanpa bolos buat kali pertama musim ini.
Perlawanan berkenaan juga merupakan Derbi Yorkshire di EPL yang pertama buat buat Leeds dan Sheffield United dalam tempoh 26 tahun.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan EPL, Tottenham Hotspur terikat 1-1 dengan Newcastle United setelah dikecewakan dengan jaringan penalti Callum Wilson pada masa kecederaan selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan Eric Dier dalam kotak penalti.
90+7': VAR awards Newcastle a penalty for handball. Callum Wilson scores it.
— B/R Football (@brfootball) September 27, 2020
FT: Tottenham 1-1 Newcastle
😬 pic.twitter.com/MiSkNgDNrB
Jose Mourinho yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut meninggalkan bangku pemain simpanan lebih awal di mana kontroversi tersebut juga menyaksikan jurulatih penjaga gol Nuno Santos dilayang kad merah selepas wisel penamat kerana membantah keputusan pengadil perlawanan.
Spurs terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Lucas Moura yang menerima hantaran Harry Kane pada babak pertama dan berpeluang untuk menambah jaringan apabila dua percubaan Son Heung-min sekadar singgah di tiang gol.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: