Mikel Arteta: Liverpool Berada Di Kelas Yang Tersendiri

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas memandang tinggi lawan yang bakal ditemui oleh skuad The Gunners pada aksi ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 iaitu Liverpool.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga tanpa berselindung melihat Liverpool sebagai pasukan di kelas mereka yang tersendiri berikutan aksi konsisten serta kualiti hebat dimiliki skuad bimbingan Jurgen Klopp tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Liverpool jelas menjadi antara kelab terbaik dalam kancah bola sepak dunia susulan kejayaan The Reds menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/19, Piala Dunia Kelab FIFA 2020 dan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

”Saya tidak melihat mereka [pemain Liverpool] berpuas hati dengan aksi mereka. Mereka akan turun ke mana-mana padang, walaupun mendahului 2-0, 3-0 atau 4-0, dan mereka tetap menghadapi perlawanan dengan cara yang sama.”

”Ini merupakan penghargaan luar biasa buat barisan kejurulatihan, budaya yang telah mereka ciptakan dan semangat pasukan itu.”

”Anda boleh melihat ia [semangat] ada dalam 24 atau 26 pemain yang mereka miliki,” ujar Arteta menurut laporan Goal.

”Tiada seorang pun pemain mereka yang bermain separuh hati pada satu-satu perlawanan atau kelihatan tidak berminat untuk beraksi. Mereka akan melakukan yang terbaik pada setiap minit di semua perlawanan.”

”Mereka melakukannya sepanjang musim selama 10 bulan, saya merasakan ia merupakan satu pujian besar.”

”Ia adalah tahap yang berbeza. Mereka telah melakukannya dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Dan itulah sebabnya mereka telah meletakkan penanda aras yang sangay tinggi. Tidak hanya mereka, Manchester City juga baik beberapa tahun kebelakangan ini.”

Dalam perkembangan sama, Arteta turut mendedahkan aspek yang diperlukan oleh anak buahnya dalam usaha menewaskan Liverpool.

”Pertamanya, anda memerlukan persembahan individu daripada semua pemain anda. Anda juga perlukan nasib, sudah tentu ketika perlawanan.”

”Kemudiannya anda perlu untuk konsisten dalam pada yang dilakukan sepanjang 96 minit kerana pada bila-bila masa mereka boleh membuatkan anda terbuka dan akan terdedah kepada bahaya.”

”Jangan pernah berputus asa, itu merupakan perkara penting bagi mereka. Dan anda perlu menjangkakan bahawa mereka berada pada tahap terbaik.”

”Sekiranya anda sentiasa menjangkakan sedemikian, ia akan membuatkan tahap tumpuan anda semakin tinggi kemudiannya ia membuatkan anda akan bekerja keras.”

”Menentang mereka, itulah kuncinya,” tambah Arteta lagi.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN