EPL: Jaringan Masa Kecederaan Son Berikan 3 Mata Buat Spurs

Tottenham Hotspur berjaya mencatatkan kemenangan dramatis berhadapan dengan Aston Villa di Villa Park dengan skor 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan di antara kedua dua pasukan penuh dengan debaran dan juga aksi.

Aston Villa berjaya mencetak gol awal pada minit kesembilan selepas Toby Alderweireld tertampan bola ke gawang sendiri. Alderweireld cuba menahan hantaran Anwar El Ghazi. Malangnya beliau tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun, pada minit ke-27, Alderweireld menebus kesilapan beliau dengan rembatan deras yang menewaskan Pepe Reina.

Spurs kemudian diberikan sepakan penalti oleh pengadil. Son Heung Min awalnya gagal menyempurnakan penalti tersebut. Beliau pantas melakukan tindakan susulan untuk memastikan Spurs 2-1 di hadapan.

Aston Villa kemudian memberikan tentangan yang sengit ke atas Spurs. Mereka mencipta beberapa siri gerakan bahaya terutama sekali menerusi serangan balas.

Bjorn Engels akhirnya berjaya menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit ke-53.

Perlawanan kemudian nampak seimbang dan lebih terbuka. Kedua dua pasukan saling berbalas serangan.

Spurs ternyata buntu untuk menembusi Pepe Reina. Bekas penjaga gol Liverpool itu menafikan percubaan 1 lawan 1 dengan Dele Alli.

Dan kemudiannya aksi menyelamat rembatan bahaya Son Heung Min.

Setelah kedudukan kembali imbang, Tottenham terus berusaha menggempur pertahanan Aston Villa. Namun Pepe Reina tampil solid menggagalkan peluang-peluang Tottenham.

Reina kemudian menafikan rembatan deras Giovani Lo Celso. Aston Villa agak sukar untuk menyerang Spurs kerana pasukan Jose Mourinho itu sangat dominan pada akhir babak.

Reina akhirnya bocor jua. Ianya berpunca daripada kesilapan pertahan Aston Villa yang terlepas bola di garisan akhir pertahanan.

Son Heung Min meluru melarikan bola ke hadapan dan menewaskan Pepe Reina dengan satu lencongan rendah.

Gol itu adalah gol kemenangan untuk Spurs. Kemenangan ini meletakkan Spurs hanya dibezakan 1 mata di belakang Chelsea. Spurs kini berada di tempat kelima.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN