Piala FA 2020: Southern FC Lakar Kejutan, KL Rovers Mara Bergaya

Status pasukan dari Liga M4 tidak menghalang Southern FC dan Gamestop FC mencipta kejutan ke atas pasukan dari Liga M3 pada hari kedua pusingan kelayakan Piala FA 2020 untuk mara ke peringkat seterusnya.

Paling mencuri tumpuan, Southern FC yang menyingkirkan Manjung City FC melalui sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 120 minit permainan.

Penjaga gol, Tai Zhi Kang, muncul wira Southern FC apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti Manjung City FC selain beraksi cemerlang menyelamatkan banyak percubaan berbahaya lawan.

Sebelum itu, How Eng Hua meletakkan Southern FC di hadapan pada minit-35 sebelum disamakan Muazzim Abdul Khalil pada minit-46.

” Faktor tuah jelas membantu kami pada hari ini dan saya cukup berbangga dengan tahap disiplin dipamerkan pemain walaupun kami diasak oleh lawan.

“Saya sama sekali tidak menyangka mampu menang pada aksi hari ini kerana lawan hadir dengan reputasi tinggi serta bajet lebih baik kerana mempunyai ramai bekas pemain PKNP.

“Justeru, kemenangan wajar dikongsi dengan seluruh pemain dan kami harap ia mampu suntik keyakinan kami untuk hadapi sesiapa sahaja di pusinga pertama nanti,” kata jurulatih Southern FC, Gan Chee Lim

Manakala Gamestop FC turut melakar kejutan ke atas Semarak FC menerusi kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan P.Surain pada minit 81.

Turut mengiringi dua pasukan ini untuk layak ke pusingan pertama ialah KL Rovers, Harini KS FC, NLFC-Mahsa, dan Armed Forces FC.

KL Rovers yang menurunkan barisan terkuat termasuk dua pemain importnya, Sergio Aguero dan Davy Claude Angan tidak berdepan masalah menang 3-0 ke atas Klasiko FC.

Muhd Izzat Akmal meledak gol sulung pada minit-33 sebelum Angan menambah dua jaringan pada minit-43 dan 60.

Harini KS menang 5-2 selepas meledak tiga jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir permainan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kompleks Utama Sukan,Kuala Selangor.

Tuan rumah mendahului melalui Raslam Khan pada minit-23 namun dibalas oleh Mohd Norhamizaref Hamid,seminit kemudian.

Pemain gantian Asrol Ibrahim kembali meletakkan Harini KS pada minit 69) tetap sekali lagi Kuala Perlis bangkit hasil jaringan Mohd Shukor Azmi pada minit-75.

Namun, tiga jaringan pantas Metha Apingi Viblo pada minit-80 serta Mohd Amirul Kasmuri di minit-84 dan seminit kemudian oleh Mohd.Fakrurazi Musa memastikan kemenangan selesa buat Harini KS.

Sementara itu di Padang Astaka,Kuala Berang, hasrat Delima Warriors FC mengikut jejak langkah beberapa pasukan Terengganu Amatuer League( TAL) untuk mara seperti Real Chukai dan Markless ST tidak kesampaian apabila terpaksa akur 1-3 kepada Armed Forces FC.

Walaupun Herma Jaafar meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit-14 ia belum cukup apabila Armed Forces meledak dua jaringan sebelum babak pertama berakhir.

Mohd.Faiz Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit-41 diikuti Rafizol Roslan pada minit-44 sebelum dia melengkapkan jaringan kedua peribadi pada minit 87 menerusi sepakan penalti.

Satu lagi perlawanan menyaksikan satu lagi juara Piala TAL, Kerteh FC tersungkur 0-2 kepada NLFC- MAHSA hasil jaringan Khairul Affandi Azaimi pada minit-17 serta Mohd.Faiz Subri, minit 80.

Enam pasukan ini melengkapkan senarai 24 pasukan yang akan bersaing di pusingan pertama Piala FA 2020 dengan proses undian akan berlangsung pada Isnin, 17 Februari.

Kredit foto: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN