EPL: Arsenal Menang 4-0 Atasi Newcastle

Arsenal memiliki rekod tanpa kalah untuk tahun 2020. Namun yang kurang indahnya adalah, mereka banyak mencatatkan keputusan seri.

Tetapi dalam aksi berhadapan dengan Newcastle di Stadium Emirates, semalam, Arsenal akhirnya menang besar.

Pada separuh masa pertama, Arsenal tidak bermain baik. Mereka nampak rapuh terutama sekali di bahagian Hector Bellerin.

Allan St Maximin memberikan masalah besar buat Arsenal. Beliau lasak dan juga lincah. Seringkali mencipta peluang gol bahaya.

Arsenal masuk ke bilik persalinan dengan keputuan 0-0. Dan di sinilah Mikel Arteta menyuntik arahan taktikal untuk mengubah corak mereka bermain.

Masuk separuh masa kedua, Arsenal tampil dengan aksi yang berbeza. Mereka bermain lebih baik secara berpasukan.

Kapten pasukan, Pierre Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-54, selepas beliau menerima umpanan daripada Pepe.

Ini diikuti gol kedua oleh Nicolas Pepe pada minit ke-57. Pepe melakukan agakan yang baik dan meletakkan dirinya pada posisi terbaik untuk menerima hantaran Bukayo Saka.

St Maximin kemudian melakukan rembatan yang terkena tiang selepas menewaskan Bernd Leno.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan 2-0, Mesut Ozil tampil dengan jaringan beliau pada minit ke-90. Ianya bermula daripada pemain gantian, Lacazette yang mengawal bola dengan licik dan melakukan tolakan kepada Ozil.

Ozil melakukan tap in yang gagal ditampan kemas Dubravka.

Pepe menyumbang satu lagi assist pada masa kecederaan. Kali ini beliau mencipta peluang gol yang disudahkan oleh Alexander Lacazette.

Lacazette turut mencipta 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Arsenal menang 4-0 ke atas Newcastle. Kemenangan terbesar dicatatkan Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta.

Pemain remaja, Bukayo Saka dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Arsenal berada di tangga ke-10 dengan jurang 7 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat. Chelsea akan turun berhadapan dengan Manchester United dalam aksi awal pagi Selasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN