Perlawanan tumpuan pada Ahad pastinya derbi Merseyside melibatkan Everton dan Liverpool.
Everton memastikan misi kejuaraan seteru sebandar mereka – Liverpool – calar di Goodison Park. Everton mengikat Liverpool 0-0. Keputusan ini membuatkan Man. City kekal menerajui EPL dengan kelebihan 1 mata.
Everton prevent rivals Liverpool reclaim top spot#EVELIV pic.twitter.com/hRJWLnOBpU
— Premier League (@premierleague) March 3, 2019
Liverpool gagal untuk mendapatkan kemenangan penting selepas Man. City menang tipis ke atas Bournemouth.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp memiliki beberapa peluang gol namun penyudah mereka tumpul. Mo Salah sendiri terlepas 3 peluang keemasan, salah satu daripadanya adalah daripada situasi 1 lawan 1.
Jordan Pickford menebus kesilapan beliau dalam aksi derbi sebelum ini, beliau melakukan ‘super save’ menafikan percubaan Salah. Michael Keane turut melakukan 1 hadangan penting untuk memastikan Everton tak bolos.
Keane antara pemain yang cemerlang di atas padang.
Michael Keane made six interceptions against Liverpool, the joint-most by an Everton player in a Premier League game this season.
A superb defensive display. 🏋️♂️ pic.twitter.com/GQqcl295B4
— Squawka (@Squawka) March 3, 2019
Pada separuh masa kedua, Everton memperbaiki aksi mereka dan melancarkan lebih banyak ancaman berbanding dengan separuh masa pertama.
Kemasukan Richarlison antara yang memberikan impak. Beliau mencipta beberapa peluang gol termasuk hantaran silang yang gagal disudahkan Bernard – betul-betul di hadapan gol.
Liverpool berterima kasih kepada Van Dijk yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini dengan melakukan 13 ‘clearances’.
Jurgen Klopp gagal mendapatkan yang terbaik daripada 3 pertukaran pemain yang beliau lakukan. James Milner misalnya, melakukan terlalu banyak hantaran gagal.
Liverpool selepas ini akan berhadapan dengan Burnley di tempat sendiri. Manakala Everton pula akan berkunjung ke St. James’ Park untuk berhadapan dengan Newcastle.