Kepulangan Kepa Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan Chelsea Ke Atas Fulham

Chelsea menang tipis 2-1 ke atas Fulham di tempat lawan dalam Derbi London Barat. Higuain dan Jorginho (gol sulung) menjadi penjaring gol untuk Chelsea. Manakala gol Fulham adalah menerusi Callum Chambers.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan ini:

1. Debut Scott Parker

Perlawanan ini juga boleh disebut sebagai derbi Scott Parker. Pemain yang telah beraksi untuk Chelsea dan juga Fulham ketika menjadi pemain.

Parker mengambil alih jawatan pengurus sementara selepas Fulham memecat Claudio Ranieri.

Jelas sekali para pemain Fulham cuba memberikan aksi terbaik dalam debut Parker ini. Namun bezanya, Chelsea memiliki kualiti pasukan yang lebih baik. Parker memuji aksi yang ditunjukkan Fulham – yang menurut Parker menunjukkan peningkatan.

2. Higuain mengancam

Mengancam yang kami maksudkan bukanlah sebab beliau kacak, tetapi merujuk kepada kualiti ‘poaching’ beliau yang sangat baik.

Kita semua tahu Higuain memiliki rekod karier yang sangat baik. Dalam aksi derbi menentang Fulham, Higuain beberapa kali menerima bola di kawasan dan masa yang tepat kerana antisipasi yang tajam.

Sifat ‘fox in the box’ serta teknik penyudah beliau membolehkan Higuain menjaringkan gol dan hampir melakukan gol yang sama hasil umpanan pemain yang sama iaitu Azpilicueta.

3. Kepa kembali

Kepa Arrizabalaga kembali semula ke dalam kesebelasan utama. Dan beliau kembali dengan ‘bang’. Walaupun hampir dihukum oleh Babel kerana terlepas bola daripada tangkapan, Kepa sebenarnya telah beraksi dengan sangat baik.

Beliau melakukan beberapa ‘saves’. Dan antara yang mencuri tumpuan adalah ketikan menafikan percubaan Mitrovic. Gol oleh Chambers itu sangat sukar untuk beliau memberikan reaksi.

Pada masa kecederaan, Kepa ditewaskan oleh Ryan Sesegnon, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

4. Chelsea masih raja derbi London Barat

Ini merupakan derbi utama melibatkan Chelsea dan Fulham berbanding dengan derbi London yang lain. Chelsea kini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 18 perlawanan dalam derbi ini.

Lebih perit untuk Fulham, kekalahan ini merupakan yang ke-9, yang terbanyak dilalui oleh pasukan dalam 5 liga utama Eropah. Fulham masih lagi 10 mata daripada zon selamat.

Fulham juga menjadi pasukan pertama di London yang tewas 10 perlawanan derbi London dalam satu musim.

5. Kemenangan pertama Chelsea di tempat lawan

Ini merupakan kemenangan pertama Chelsea di tempat lawan dalam EPL untuk tahun 2019. Mereka mencatatkan 3 kekalahan berturut-turut dalam 3 perlawanan terakhir sebelum aksi ini.

Kemenangan yang sangat penting dalam usaha Chelsea berebut slot ke UCL pada musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN