Bournemouth 4 Chelsea 0
Chelsea dikejutkan dengan kekalahan 4-0 di tangan Bournemouth. Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua. Kekalahan 4-0 itu membuatkan Chelsea turun ke tangga ke-5 dan Arsenal naik ke tangga ke-4 atas faktor perbezaan jaringan.
Perlawanan Chelsea kali ini dibayangi dengan komen oleh Maurizzio Sarri sebelum ini yang terbuka melabel para pemain-pemain beliau sukar untuk diberikan keyakinan. Seterusnya Sarri dengan berani menyatakan bahawa Hazard boleh pergi.
Seterusnya, Chelsea dibayangi dengan isu pemain seperti Callum Hudson-Odoi yang menghantar permohonan pindah sekali lagi.
Menentang Bournemouth, Chelsea awalnya dijangka tiada masalah. Pasukan The Cherries itu sudah tewas 10 perlawanan berturut-turut menentang pasukan big 6. Kali terakhir Bournemouth menang ke atas big 6 adalah setahun yang lalu 0 menewaskan Chelsea 3-0.
https://twitter.com/ay_stiles/status/1090732158082318340
Siapa sangka Bournemouth mengakhiri rekod itu dengan membantai pasukan Chelsea. Joshua King menjaringkan 2 gol. David Brooks dan Charlie Daniels masing-masing dengan 1 gol.
Joshua King's game by numbers vs. Chelsea:
43 touches
5 chances created
5 shots
3 aerials won
2 shots on target
2 goals
1 assistDirectly involved in three goals. 🍒 pic.twitter.com/74G55EyJqO
— Squawka (@Squawka) January 30, 2019
Chelsea menguasai lebih 70% perlawanan. Namun tidak cukup tajam dan kreatif. Debut EPL yang sukar untuk Higuain selepas beliau sendiri gagal mendapat servis daripada pemain di belakang beliau. Higuain dilihat bergelut dengan tempo permainan. Beliau hanya menyentuh bola sekali di dalam kotak penalti lawan untuk tempoh sejam.
Gonzalo Higuaín’s Premier League debut by numbers:
2 offsides
0 chances created
0 shotsOh, Chelsea also lost 4-0. pic.twitter.com/NYUD1BfakA
— Squawka (@Squawka) January 30, 2019
Chelsea mengulangi isu yang sama. Tidak cukup penetratif di kotak serangan walaupun mendominasi perlawanan. Seterusnya mereka bergelut untuk mematikan serangan balas pasukan lawan.
https://twitter.com/SebC__/status/1090723792983343105
Boleh disimpulkan Chelsea tidak tahu apa dilakukan di barisan pertahanan dan serba tak menjadi ketika bertahan.
Liverpool 1 Leicester 1
Liverpool hanya mampu mendapat 1 mata daripada perlawanan ini. Sekaligus gagal menjarakkan diri 7 mata daripada Man. City yang tewas di tangan Newcastle United semalam.
Liverpool bermula baik dengan gol minit ke-3 oleh Sadio Mane. Aksi cemerlang Kaspea Schmeichel menafikan 2 percubaan Roberto Firmino dengan tindakan refleks yang sangat baik. Liverpool cuba mencari gol kedua dengan beberapa siri serangan namun berjaya dipatahkan.
Leicester menyamakan kedudukan sebelum rehat. Liverpool hilang fokus dan disiplin bertahan dengan memberikan sepakan percuma di dalam kawasan defensive third mereka.
Harry Maguire dengan tenang menyudahkan peluang dari jarak dekat.
Pada separuh masa kedua, Liverpool beberapa kali diancam oleh The Foxes. Jurgen Klopp melakukan perubahan dan membolehkan Liverpool kembali menyerang. Namun tiada tambahan gol dihasilkan pada separuh masa kedua.
Kedudukan ini membolehkan Liverpool di puncak liga dengan perbezaan 5 mata daripada Man. City.
Premier League table:
1. Liverpool 61pts
2. Man City 56pts
3. Spurs 54pts
4. Arsenal 47pts
5. Chelsea 47pts
6. Man Utd 45pts pic.twitter.com/RGuQeG6jYP— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 30, 2019
Keputusan lain menyaksikan Spurs menang 2-1 ke atas Watford. 2 jaringan pada 10 minit terakhir membolehkan Tottenham Hotspur bangkit untuk menang – selepas ketinggalan 1 gol pada separuh masa pertama.