EPL: Arsenal ‘Bantu’ Aston Villa Keluar Dari Zon Penyingkiran

Aston Villa Arsenal EPL

Pemain Aston Villa perlu bersedia untuk aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti beraksi dalam perlawanan akhir piala selepas meraih kemenangan berharga 1-0 ke atas Arsenal pada awal pagi tadi.

Jaringan tunggal penyerang Mesir, Trezeguet pada minit ke-27 sudah cukup untuk mengeluarkan Villa dari zon penyingkiran selepas menghuni kedudukan tiga kedudukan tercorot itu sejak 28 Februari.

Keputusan Mikel Arteta membuat enam perubahan pada kesebelasan utama ketika menewaskan Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA tempoh hari ternyata telah memakan diri.

“Macam tak percaya, saya rasa kami memang berhak untuk menang dengan aksi yang hebat malam ini,” ujar pemain tengah, Jack Grealish selepas perlawanan.

“Ianya perlawanan yang agak tegang, tetapi kami berjaya mengawal tekanan dan fokus kepada misi utama pasukan. Kini semuanya bergantung kepada kami untuk perlawanan terakhir nanti. Apa pun kami gembira dapat keluar dari zon penyingkiran.”

Ianya juga merupakan kemenangan pertama Vilaa ke atas Arsenal di Villa Park sejak Disember 1998. Arsenal pula tewas dalam empat daripada enam perlawanan di tempat lawasn sejak liga bersambung.

Watford yang telah memecat pengurusnya, Nigel Pearson baru-baru ini tewas 4-0 kepada Manchester City dan membolehkan Villa memintas dengan perbezaan gol untuk naik ke tangga ke-17 liga.

Untuk perlawanan terakhir EPL, Aston Villa bakal berkunjung ke London untuk berdepan West Ham United. Jika menang, mereka masih bergantung kepada keputusan perlawanan melibatkan Watford yang diharapkan tidak menang dengan kelebihan dua gol atau lebih.

Kekalahan Arsenal itu bermaksud Arsenal akan menamatkan saingan EPL di luar kedudukan enam pasukan teratas buat kali pertama sejak 25 tahun. Kedudukan terbaik yang boleh dicapai hanya tangga kelapan liga.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Aston Villa dan Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN