Manchester United dan Arsenal, kedua-dua pasukan gagal menampilkan permainan menarik untuk sekadar terikat dengan jaringan 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi.
Perlawanan ini dibayangi kemegahan lampau kedua-dua kelab. Satu ketika dahulu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan sering kali menjadi tumpuan kerana unsur-unsur panas dan kebolehan kedua-dua pasukan bersaing untuk gelaran dan kejuaraan.
Scott McTominay has now scored three Premier League goals for Man Utd:
⚽️ vs. Huddersfield
⚽️ vs. Wolves
⚽️ vs. ArsenalMan Utd failed to win the previous two. ? pic.twitter.com/pl7bM1U65r
— Squawka Football (@Squawka) September 30, 2019
Scott McTominay memberikan pendahulan kepada Manchester United pada lewat babak pertama, hasil serangan balas pantas yang dicetuskan oleh larian Daniel James.
Namun Arsenal berjaya menyamakan kedudukan melalui penyudah tenang Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-58 perlawanan.
Gol tersebut pada mulanya telah dibatalkan oleh pengadil kerana kesalahan offside. Namun selepas semakan pada Video Bantuan Pengadil (VAR), gol tersebut diberikan.
9 – Manchester United’s haul of nine points from their opening seven league games is their lowest at this stage of a top-flight campaign since 1989-90 (7). Flat. #MUNARS
— OptaJoe (@OptaJoe) September 30, 2019
Kedua-dua pasukan cuba memenangi perlawanan selepas itu.
Kecemerlangan Bernd Leno menafikan percubaan Harry Maguire, dan kemudiannya sepakan percuma Marcus Rashford.
Bukayo Saka juga mencuba nasib untuk Arsenal, namun rembatannya dihadang sebelum terbias tinggi oleh Victor Lindelof.
McTominay turut berpeluang menambah jaringan untuk United, selepas menerima hantaran Ashley Young dari sepakan penjuru, namun tiada antara kedua-dua pasukan mampu mencari kelebihan.
Nicolas Pepe lost possession 17 times against Manchester United ? pic.twitter.com/asZehOtGus
— Goal (@goal) September 30, 2019
Ia juga adalah perlawanan yang mahu dilupakan oleh penyerang sayap Arsenal, Nicolas Pepe.
Keputusan tersebut meletakkan Arsenal di tangga ke-4, tetapi Manchester United kini berada di tangga ke-10, sekaligus menjadikan permulaan musim ini adalah yang paling teruk dalam sejarah 30 tahun kelab Manchester itu.
30 tahun yang lalu, Liverpool adalah juara Liga Inggeris. Arsenal di tangga ke-4. Manakala Manchester United menamatkan musim di tangga ke-13.
Sukar membayangkan bagaimana sejarah akan berulang.