Gol pertama James Maddison musim ini bantu Leicester bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan keenam buat kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gol keempat Harry Kane dalam saingan liga memberikan pendahuluan buat pasukan pelawat pada minit ke-29, penyerang England berkenaan tenang menyudahkan hantaran bijak Son Heung-Min yang melepasi jangkauan Caglar Soyuncu.
Sebelum itu Leicester menyangka mereka telah pun mendahului menerusi Wilfred Ndidi selepas Paulo Gazzaniga menyelamatkan percubaan Youri Tielemans, namun gol tersebut tidak dikira kerana ofsaid hasil semakan VAR.
Kemudian sekali lagi drama VAR menjadi perhatian apabila giliran Spurs pula menjadi mangsa. Jaringan Serge Aurier dibatalkan kerana Son Heung Min didakwan berada dalam kedudukan offside. Namun keputusan itu telah mencetuskan perdebatan dalam media sosial.
Ruining the beautiful game.
Social media reacts to more #VAR controversy.
Tottenham were the victims after SON was deemed off-side, before Serge Aurier put them 2-0 up vs Leicester. #LEITOT pic.twitter.com/4CEb1wNkQU
— Tweeterist 🇵🇰 (@Tweeterist_) September 21, 2019
Tidak lama selepas itu, bek kanan Leicester, Ricardo Pereira menjadikan kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-69 setelah berlaku keadaan kelam kabut di hadapan gol Spurs.
Lima minit sebelum tamat masa perlawanan, Maddison akhirnya muncul wira di King Power Stadium hasil rembatan rendah dari jarak 25 ela yang menemui penjuru kanan gawang Spurs sekaligus menceriakan 30 ribu penyokong tuan rumah.
https://twitter.com/ZWODDE_/status/1175398877727346688?s=20
Kemenangan The Foxes itu meletakkan pasukan tersebut di tangga kedua buat sementara sebelum berlangsungnya perlawanan-perlawanan lain. Manakala Spurs pula merekodkan kekalahan kedua dalam saingan EPL musim ini.