Quantcast

BERITA

English Premier League Kekal Dapat 4 Slot Champions League Selepas Juventus Kalah

Persembahan kelab-kelab England mungkin semakin merosot di Champions League sejak kali terakhir wakil mereka, Chelsea memenanginya pada 2012.

Tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat mengekalkan 4 slot (3 automatik dan 1 playoff) untuk musim 2017/2018 yang akan datang.

Pada malam di mana satu lagi kelab Premier League, Arsenal tersingkir daripada pusingan 16 terkahir selepas tewas 1-5 secara agregat kepada Barcelona, nasib 4 slot Champions League yang dinikmati kelab-kelab England terjawab selepas Juventus kalah 6-4 secara agregat kepada Bayern Munich awal pagi tadi.

Dengan kekalahan Juventus, ia bermakna mustahil bagi Italy untuk mengatasi England yang menduduki tangga ke-3 dalam UEFA ranking coefficient.

[table]
Ranking,Negara,Mata coefficient
1,Sepanyol,98.856
2,Jerman,77.749
3,England,74.284
4,Itali,70.439
[/table]

Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan nasib 4 slot Champions League yang dimiliki England bakal diancam Itali.

Ini seiring dengan kebangkitan bola sepak Itali dan kemerosotan prestasi pasukan Premier League di pertandingan peringat Eropah.

Lazio yang terikat 1-1 dengan kelab Republik Czech, Sparta Prague dalam perlawanan pusingan 16 terakhir UEFA Europa League merupakan satu-satunya pasukan Serie A yang masih bertanding di peringkat Eropah.

Manakala England mempunyai Manchester City sebagai wakil di peringkat suku akhir Champions League dan sekurang-kurangnya 1 wakil Europa League antara Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Jika Lazio menang Europa League sekalipun, Lazio hanya akan menambah maksimum 2.5 mata coefficient.

Tetapi ketika ini, England sudah pun mengumpul mata pendahuluan coefficient sebanyak 3.97.

Bagi Itali, berita penyingkiran Sampdoria semasa peringkat kelayakan Europa League dan Fiorentina kepada Tottenham Hotspurs semasa peringkat 32 pasukan terakhir Europa League, merupakan berita buruk yang menjejaskan peluang Itali untuk memotong ranking coefficient England.

Baca juga: Liga Sepanyol Kekal Liga Terkuat Di Dunia 2015, EPL Jatuh Ke Tangga Ketujuh