PSV Eindhoven Mahu Cari Dan Hukum Penyokong Yang Menghina Peminta Sedekah Di Madrid

Inilah respons yang kami mahu dari pihak pengurusan PSV Eindhoven.

Semalam kami menulis artikel tentang sekumpulan penyokong PSV Eindhoven yang menghina peminta sedekah di Plaza Mayor, bandar Madrid dengan – membaling duit syiling ke lantai untuk dikutip peminta sedekah dan mentertawakan mereka.

Selain itu, penyokong PSV juga mengotorkan kawasan Plaza Mayor dengan membuang sampah merata-rata.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang berehat dan mengisi perut di Plaza Mayor sebelum bermulanya perlawanan UEFA Champions League antara pasukan mereka, PSV dengan Atletico Madrid.

Laporan lanjutan dedah lebih banyak

Apa yang kami tak ketahui semalam adalah, perangai penyokong PSV yang kami laporkan dalam artikel semalam hanyalah ‘tip of the iceberg’.

Menurut laporan The Guardian, seorang penyokong PSV turut dilihat menyuruh seorang peminta sedekah wanita melakukan ‘press-ups’ sebelum mencampak duit syiling ke lantai.

Apabila peminta-peminta sedekah ini bergasak dan berebut-rebut untuk mengutip duit syiling tersebut, penyokong PSV yang lain bersorak ‘jangan datang ke Belanda’ dan mentertawakan mereka.

Apabila seorang lelaki datang untuk menegur kelakuan mereka, penyokong PSV beramai-ramai mengejek ‘boo’ kepadanya.

Seorang saksi kejadian memberitahu akhbar Sepanyol El Pais:

“Mereka mencampak duit 5 sen ke tanah. Paling teruk, mereka juga mencampak cebisan roti ke tanah utuk dikutip oleh peminta sedekah.”

Penyokong bakal dihukum

Sementara itu pengarah PSV, Toon Gerbrands berazam untuk mencari identiti penyokong yang terlibat dalam kejadian tersebut dan menghukum mereka.

“Kelakuan mereka merosakkan nama kelab.”

“Jika kami dapat jumpa identiti mereka, kami akan hukum larangan masuk stadium atau lebih teruk lagi. Kami akan berbuat apa saja untuk mencari identiti mereka.”

Dalam perlawanan Atletico Madrid menentang PSV semalam, Atletico menang penentuan penalti 8-7 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 secara agregat.

Baca juga: Penyokong PSV Beramai-ramai Hina Peminta Sedekah Madrid Sebelum Perlawanan Champions League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN