Endrick Dos Santos Sah Naturalisasi Baharu JDT

Endrick dos Santos JDT naturalisasi 2023
Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool Loading official content
Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool
Pep Guardiola, Manchester City manager, provided an update on Erling Haaland’s fitness ahead the Premier League match against Liverpool.
0 seconds of 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:27
00:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Madura United gear up for Persib away clash Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Brazilian midfielder Berguinho shows goalkeeping skills Champions League: 2024-25 play-off draw Behind the scenes: PSG celebrate victory over Brest and advance to UCL knockout round Lopetegui expects great things from Sergio Ramos at Monterey Lyon's 10 goals in 3 games under Paulo Fonseca Giorgia Arrigoni on her contract renewal with Milan Rebecca Knaak: ‘The cross-border duel is always something special’ Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions The best of Vitinha at PSG Lihat lebih video Manchester City di OneFootball

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos nampaknya telah didaftarkan sebagai pemain naturalisasi untuk musim 2023.

Perkara ini baru sahaja diketahui sebaik sahaja senarai pemain untuk perlawanan Sumbangsih diumumkan oleh Malaysian Football League.

Ketika ini, JDT sedang menentang Terengganu FC untuk aksi Sumbangsih dan ia juga adalah perlawanan pertama Liga Super bagi musim 2023.

Nama Endrick sudah tidak diletakkan dengan berstatus pemain import mengesahkan statusnya sebagai pemain naturalisasi terbaharu buat JDT.

Ini mengesahkan terus apa yang pernah dijelaskan JDT sebelum permulaan musim lalu di mana mereka akan merekrut Endrick pada musim 2023 sebagai pemain naturalisasi. Sentiasa menjadi persoalan ketika itu, adakah Endrick pemain yang dipinjamkan untuk beraksi bersama Penang FC?

Pengurusan Penang kemudian menafikan bahawa kapten mereka ketika itu hanya berstatus pinjaman dan memang berkontrak bersama pasukan.

Mengenai isu Endrick, dia adalah pemain kita. Walaupun sebelum ini, TMJ  ada menyatakan di Astro Arena yang beliau akan menaturalisasi Endrick untuk Malaysia,” jelas pengurus pasukan, Ong Eng Hua, Januari 2022.

Saya rasa, sepatutnya [ketika itu], beliau perlu berhubung dengan Penang untuk khidmat Endrick [sebagai pemain Malaysia], walaupun [ketika itu] beliau tidak kata hendak ambil untuk kelab dia [JDT],” tambah Ong mengenainya.

Itu kisah pada awal musim 2022 dan kini akhirnya, Endrick sudah sah menyertai skuad Harimau Selatan dan sudah dinaturalisasikan mereka.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia dan layak untuk dinaturalisasikan oleh mana-mana pasukan.

Beliau tiba di Malaysia pada tahun 2018 untuk bersama Felcra FC sebelum beraksi bersama Selangor FC dan Penang. 2023 adalah musim kelimanya.

Selain itu, ini menjadikan beliau layak untuk dipertimbangkan bagi mewakili skuad kebangsaan selepas ini, jika pengendali, Kim Pan-gon terpikat dengan permainannya. Dengan Piala Asia semakin menjelang tiba, jelas ini peluang buat bekas ‘playmaker’ Penang itu untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sebelum ini, bek tengah Terengganu, Argzim Redzovic ada memaklumkan proses naturalisasinya telah berjalan bersama tiga lagi pemain termasuk Endrick. Dua lagi pemain dipercayai Paulo Josue dan Romel Morales.

Tetapi melihat kepada senarai pemain untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini, Argzim masih berstatus pemain import Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN