Berapakah Angka Magis Untuk Elakkan Kelab Liga Super Jatuh Ke Liga M3?

Liga Super 2023

Saingan Liga Super 2023 bakal memulakan cabarannya malam ini dengan era baharu untuk bola sepak negara.

Hal kerana, saingan untuk musim 2023 menyaksikan 14 pasukan bertanding dalam divisyen tertinggi negara.

Ianya tampak biasa sahaja bukan kerana sebelum ini, Liga Super pernah diadakan dengan format 14 pasukan.

Namun begitu, ini adalah kali pertama buat mana-mana pasukan Liga Super yang menduduki tangga dua terbawah untuk berpotensi dijunamkan terus ke saingan divisyen tiga iaitu Liga M3.

Berikutan keputusan Malaysian Football League (MFL) merehatkan sebentar penganjuran Liga Premier, maka divisyen di bawah Liga Super adalah Liga M3.

Dua pasukan terbawah musim ini perlu berdepan dengan dua pasukan teratas Liga M3 dalam aksi play-off bagi menentukan nasib masing-masing.

Namun begitu, MFL mengatakan yang ianya bergantung kepada kelulusan perlesenan kelab-kelab Liga M3 itu juga.

Akan tetapi, ianya tetap menjadi persoalan – berapakah angka magis yang perlu diperoleh setiap kelab Liga Super untuk mengelak daripada menduduki dua terbawah?

Jika ketika format liga 12 pasukan, 22 mata adalah jumlah. Tapi kalau 14 pasukan? Jom kita siasat.

Setiap mata itu berharga

Untuk rekod, saingan Liga Super pernah melalui fasa dimana format liga 14 pasukan digunakan sewaktu musim 2009 hingga 2012.

Ketika itu, Selangor pernah merangkul gelaran juara sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010. Semantara Kelantan muncul johan untuk edisi 2011 dan 2012.

Disebalik kejayaan yang direncana oleh Gergasi Merah dan The Red Warriors pada empat tahun tersebut, terdapat tujuh pasukan yang terpaksa turun ke Liga Premier ketika itu. Mereka adalah:

  • Pahang dan PDRM (2009)
  • Johor FA dan Pulau Pinang (2010)
  • Pahang dan Perlis (2011)
  • Kuala Lumpur dan Kedah (2012)

Di atas ketujuh-tujuh pasukan ini, ada empat pasukan yang berjaya menamatkan saingan diatas mereka serta luar daripada zon penyingkiran:

  • Pulau Pinang (2009)
  • Perlis (2010)
  • Kuala Lumpur (2011)
  • FELDA United (2012)

Berapakah jumlah mata yang diperoleh kesemua empat pasukan ini untuk kekal dalam saingan Liga Super?

Jika dikaji pada kedudukan carta, Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing memperoleh 19, 29 dan 28 mata. Sementara bagi FELDA United memperoleh 35 mata.

Jumlah kesemua empat mata itu apabila dicari puratanya adalah 27.75. Jika kita bundarkan jumlah tersebut ianya akan menjadi 38.

Oleh itu, setiap kelab Liga Super perlu mendapatkan minimum 28 mata untuk terus kekal pada musim hadapan.

Berlainan kerana format

Harus diingat, perkiraan melibatkan mata diperoleh FELDA United adalah sedikit berbeza kerana pasukan tersebut menduduki tangga ke-10 ketika Liga Super 2012.

Hal ini kerana, sewaktu Liga Super 2012, empat pasukan terperangkap daam zon penyingkiran iaitu Sarawak, Kedah, Sabah dan Kuala Lumpur.

Hanya Kuala Lumpur sahaja yang tersingkir secara automatik sementara Sarawak, Kedah dan Sabah perlu bersama-sama Pahang yang ketika itu di Liga Premier merebut satu lagi slot kerana Liga Super 2013 diadakan dengan format 12 pasukan.

Liga Super 2023
Kedudukan lima pasukan terbawah ketika Liga Super 2012.

Oleh itu, kesemua 14 pasukan haruslah berusaha keras untuk memperoleh mata minimum ini kerana jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan status sebagai kelab Liga Super.

Jadi kepada kesemua 14 pasukan, semoga berjaya untuk musim 2023 Liga Super!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN