Piala Sumbangsih: Terengganu Belum Mampu Gugat Keampuhan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengesahkan kemenangan sulung mereka pada musim ini, dengan menjuarai Piala Sumbangsih 2023 sekali gus meraih tiga mata pertama untuk saingan Liga Super.

Menerusi keputusan penuh 2-0, JDT berjaya menewaskan pasukan pelawat iaitu Terengganu dengan aksi yang ditampilkan sangat sengit di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Pada aksi tersebut, gol JDT telah pun dijaringkan masing-masing dijaringkan oleh Juan Muniz Gallego dan Bergson da Silva untuk mengesahkan kemenangan mereka di laman sendiri.

Seawal tiga minit perlawanan menyaksikan Fernando Forestieri hampir membuka jaringan pertama buat JDT, selepas beliau mendapat satu ruang yang baik di dalam petak penalti Terengganu.

JDT jelas menguasai permainan dengan sangat baik, dengan hantaran-hantaran pendek pantas dibuat sesama mereka untuk memberi kesukaran buat pelawat.

Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya membuka jaringan awal pada minit kelima, setelah hantaran silang daripada Bergson berjaya disudahkan dengan baik menerusi tandukan kencang Juan Muniz bagi menewaskan Suhaimi Husin.

Selepas tujuh minit perlawanan berlangsung, Terengganu berjaya mencipta satu peluang untuk menguji Ahmad Syihan Hazmi menerusi rembatan deras daripada Sony Norde, sebelum sepakan tersebut sedikit tersasar.

Terengganu berjaya mengimbangi perlawanan kembali selepas 20 minit aksi berlangsung, dengan beberapa percubaan serta peluang dicipta dalam usaha mencari kembali gol penyamaan.

Memasuki 40 minit perlawanan, Terengganu masih lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gol penyamaan mereka walaupun ada beberapa peluang berjaya dicipta menerusi Sony Norde.

Separuh masa kedua menyaksikan Arif Aiman hampir mendapatkan gol kedua buat JDT menerusi rembatan kencang yang dilepaskan beliau, sebelum bola tepat kepada penjaga gol pelawat.

Dari segi persefahaman, baik JDT atau Terengganu masing-masing belum mendapat rentak terbaik mereka untuk mencipta kombinasi lebih baik dalam mendapatkan gol kedua perlawanan.

Bergson berjaya membuktikan beliau terus konsisten untuk menjadi salah satu penyerang berbisa, selepas beliau berjaya menyudahkan satu hantaran lintang yang baik daripada Arif Aiman pada minit ke-57.

Walaupun memiliki beberapa peluang termasuk sepakan percuma di hadapan gol, Terengganu masih lagi gagal untuk mendapatkan sebarang jaringan pertama mereka.

Keputusan perlawanan kekal setelah wisel penamat dibunyikan untuk mengesahkan kemenangan pertama buat JDT pada musim ini bagi mengatasi Terengganu dengan keputusan 2-0 di laman sendiri.

Menerusi kemenangan tersebut juga menyaksikan JDT kini merangkul kejuaraan pertama mereka pada musim ini dalam aksi Piala Sumbangsih serta tiga mata penting untuk Liga Super 2023.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Silveira da Silva Bergson Gustavo, Muhamad Feroz Baharudin, Juan Muniz Gallego, Oscar Arribas Passero, Arif Aiman Hanapi, Forestieri Fernando Martin

Terengganu: Mohd Suhaimi Husin (Penjaga Gol), Sardor Kulmatov, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni (Kapten), Muhammad Azam Azmi Murad, Ivan Mamut, Pusic Domagoj, Adisak Kraisorn, Sony Norde, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle, Muhammad Hairiey Hakim, Muhammad Alif Zakaria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN