Empayar Bangi FC Bangkit Dari Ketinggalan 2 Kali, Ikat Gombak Klasiko 2-2

Perlawanan kedua terakhir minggu ke-5 saingan Selangor Champions League semalam di antara pasukan Gombak Klasiko FC menentang pasukan Empayar Bangi FC menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 di Stadium Panasonic Shah Alam.

Kedua-dua pasukan yang tewas pada perlawanan sebelum ini sudah pasti mahu membawa pulang 3 mata penuh untuk mengekalkan kedudukan 4 terbaik di dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke saingan suku akhir.

Permainan bermula dengan kedua-dua pasukan mengatur permainan namun pasukan Klasiko dilihat mempunyai kawalan permainan yang lebih bagus.

Dan hasilnya Gombak Klasiko berjaya membuka jaringan seawal minit ke-5 permainan melalui pemain import mereka Austin Onuhabuchi yang tidak dikawal rapi pemain Empayar Bangi.

Selepas berjaya meraih gol pertama, Gombak Klasiko berpeluang menggandakan kedudukan namun percubaan pada minit ke-17 oleh Amir Safuan Badeli tersasar.

Sebaliknya, pasukan Empayar Bangi berjaya menyamakan kedudukan apabila Aiman Hakim Yusof melakukan percubaan di luar kotak dan gagal ditepis keluar penjaga gol Gombak Klasiko pada minit ke-31 permainan.

Masuk babak kedua, giliran Empayar Bangi pula mengawal permainan dengan beberapa percubaan dilakukan.

Namun kecekapan penjaga gol Gombak Klasiko berjaya menafikan percubaan-percubaan bahaya yang di lakukan pasukan lawan.

Pada minit ke-43, Gombak Klasiko dihadiahkan sepakan percuma dan peluang itu diambil sehabis baik Azhar Aizat Jamaluddin untuk menghasilkan gol dan sekali lagi meletakkan Gombak Klasiko dihadapan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Empayar Bangi melancarkan serangan bertali arus ke atas kubu pertahanan Gombak Klasiko.

Tetapi kebijaksanaan pemain baru Gombak Klasiko iaitu Syazwan Mohd Rani sering kali menggagalkan usaha Empayar Bangi kerana beliau mampu untuk membaca setiap gerakan yang diatur pasukan lawan.

Namun kekebalan itu tidak bertahan lama apabila pada minit terakhir perlawanan, Empayar Bangi berjaya memperoleh jaringan penyamaan buat kali kedua kali ini melalui pemain pertahanan mereka iaitu Zulhilmi Azmi yang berjaya menanduk masuk hasil hantaran sepakan percuma rakan sepasukannya.

Tiada jaringan penambahan dijaringkan menyaksikan kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Gombak Klasiko dan juga Empayar Bangi gagal mengutip mata penuh pada perlawanan kali ini juga pada perlawanan minggu lalu dan ini merupakan sesuatu yang perlu mereka elakkan.

Sudah pasti barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan perlu merencanakan sesuatu dalam usaha untuk memastikan 3 mata penuh berjaya diraih pada perlawanan seterusnya.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN