Mamadou Berete Beri Inspirasi Kebangkitan PIB, Tumbangkan Shah Alam Antlers 2-1

Perlawanan terakhir untuk minggu kelima bagi Selangor Champions League 2017 merupakan di antara PIB FC dan Shah Alam Antlers FC bertempat di Stadium Panasonic, Shah Alam dan dapat disaksikan secara langsung di Blublack Arena.

Atmosphere perlawanan ini sudah semestinya sangat baik dengan kehadiran Ultras Shah Alam Antlers di sudut kanan stadium manakala PIB FC turut membawa para penyokong mereka sendiri.

Pada perlawanan kali ini, PIB FC bermain dengan formasi 4-3-3, formasi yang lebih menyerang.

Pengurus PIB FC, saudara Ikhram meletakkan Faizul Herman (no. 7) di bahagian sayap kiri, Khairul Anuar (no. 10) di sayap kanan dan Mamadou Berete (no. 13), pemain yang baru dibawa masuk semasa jendela perpindahan pada minggu ke-4 SCL2017 sebagai penyerang utama.

Formasi ini padat apabila bertahan, tetapi pada masa yang sama berbahaya apabila menyerang.

Shah Alam Antelrs pula bermain dengan formasi 4-2-1-3, di bahagian central forward Muhammad Ridhwan (no. 21) diapit oleh penjaring terbanyak Shah Alam Antlers, Chukwu Chijioke (no.22) di sebelah kiri dan Firdaus Selvam (no. 12) di bahagian kanan.

Formasi ini memberi lebih shield kepada pertahanan Antlers dengan meletakkan 2 defensive atau holding midfielders di hadapan 4 pemain pertahanan mereka.

Di posisi 1 dalam formasi 4-2-1-3 membentuk midfield triangle yang mudah untuk adapt kepada perubahan dan situasi di bahagian tengah. Antlers mungkin akan lebih berhati-hati pada perlawanan ini, tambahan lagi beberapa pemain utama mereka tidak dapat hadir sempena sambutan Deepavali.

Perlawanan separuh masa pertama bermula dengan tempo yang tinggi juga. Kedua-dua pasukan di dalam mode menyerang dan nampak dahagakan kemenangan untuk meneruskan momentum masing-masing.

Seawal minit ke-22 Antlers melakar peluang keemasan, di mana CJ melepasi penjaganya dan berada di dalam situasi 1 vs 1 dengan penjaga gol PIB FC, namun CJ mensia-siakan peluang apabila beliau cuba menyungkit bola tetapi sayang sekali tidak tepat.

Pemain terbaru PIB, Mamadou Berete sudah menampilkan corak permainan yang baik pada perlawanan pertama beliau, namun PIB gagal mencari bola di final third.

Pertarungan di bahagian tengah seimbang di antara Amirul Ashraff dari PIB dan playmaker Antlers, Ku Mohammad Nazran. Kedua-dua pasukan memiliki possession yang sama rata tetapi tiada yang berjaya mengambil peluang yang ada. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-0.

Sebaik sahaja bermula separuh masa kedua, Antlers menjaringkan gol dengan serta merta pada minit ke-36, PIB leka sebentar dan membenarkan CJ terlepas ke arah gol mereka, CJ menjaringkan gol cantik dengan cip yang tepat ke penjuru kanan gol, jauh dari jangkauan penjaga gol PIB FC.

Perlawanan semakin rancak selepas gol CJ, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan sebanyak 6 kad kuning dilayangkan sepanjang perlawanan, mempamerkan intensity perlawanan yang semakin tinggi.

PIB tidak dapat mencari peluang yang lebih baik sehingga ke minit yang ke-63, 7 minit sebelum perlawanan berakhir, PIB menjaringkan gol penyamaan. Gol dijaringkan oleh Rasmeshjit membakar semangat PIB FC. Masa untuk mencari gol kemenangan.

5 minit kemudian, Mamadou Berete menerima hantaran di dalam kotak penalti Shah Alam Antlers, mendada bola dan menjaringkan gol akrobatik. Debut hero PIB FC, Mamadou Berete menjaringkan antara calon gol terbaik buat minggu ini.

Masa terlalu suntuk buat Antlers untuk mencari gol kedua. Perlawanan tamat dengan jaringa 2-1 berpihak kepada PIB FC, persembahan comeback yang cukup mantap. PIB mengutip 3 mata untuk mara ke tangga ke-6 di dalam kumpulan manakala Antlers masih lagi di tangga teratas.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN