Empat ‘Ubi’ Kedah Dihantar Berguru Dengan Akademi Cardiff City

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) hari ini mengumumkan pelaksanaan projek pembangunan bolasepak bersama Akademi Bolasepak Cardiff City FC.

Mereka akan menghantar seorang jurulatih dan 4 pemain muda Kedah bagi menimba pengalaman dan berlatih selama sebulan bersama akademi kelab tersebut. Perkembangan ini diumumkan melalui laman facebook rasmi KFA pagi tadi.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan melalui Naib Presiden 1 KFA, Anas Hafiz Mustaffa telah menamakan Penolong Jurulatih skuad Piala Presiden, Mohd Fauzi Nan, 2 pemain skuad Piala Presiden iaitu Aminuddin Abu Bakar, Muhammad Suhaimie Saad serta 2 orang lagi pemain skuad Liga Super Kedah, Muhammad Asri Mohamad dan Mohd Fazrul Danel Nizam bakal dihantar ke Akademi terbabit.

“Projek khas ini memasuki siri keduanya selepas projek sulung kerjasama antara 2 kelab ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2015.

“Walaubagaimanapun, penolong ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kedah, Mohd Fauzi Nan terpaksa dikecualikan dari delegasi kali ini kerana sedang mengikuti pensijilan jurulatih Kelas A AFC di Wisma FAM, Kelana Jaya,” kata kenyataan media tersebut.

4 pemain muda Kedah tersebut dijadualkan bertolak pada hari Ahad ini dan akan mula menyertai latihan pasukan bawah 22 tahun Akademi Bolasepak Cardiff City sepanjang sebulan berkelana di sana.

Delegasi ‘ubi’ KFA ini yang akan diiringi oleh Naib Presiden KFA 1, yang akan bertolak pada hari Ahad,10 Mac ini dari KLIA jam 9:00 pagi melalui penerbangan Malaysia Airlines dari KLIA ke Heathrow akan pulang ke tanahair dijangka pada 10 April depan.

Skuad Liga Super Kedah juga dijangka tidak dapat menggunakan khidmat Fazrul Danel untuk aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 29 Mac ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN