Previu MSL 2019: Terengganu FC Mahu Tamatkan Kemarau Kemenangan Di Halaman Sendiri

Pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim menuntut anak buahnya segera bangkit menamatkan kemarau kemenangan di halaman sendiri apabila dijadualkan bertemu Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Namun begitu, ianya bukan tugas mudah kerana skuad kendalian Zainal Abidin Hassan juga mahu memburu 3 mata penuh bagi mengejar kelompok 4 teratas liga super.

Terengganu FC tidak mahu digelar sebagai ‘Pakar Seri’

Irfan Bakti mengakui kurang berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang hanya mampu mencatat keputusan seri dalam 3 perlawanan di tempat sendiri berturut-turut.

Terengganu FC mencatat keputusan seri dalam 3 perlawanan iaitu 1-1 dengan PKNS FC, 2-2 dengan Johor Darul Ta`zim (JDT) dan terbaru seri 1-1 dengan Perak Jumaat lalu. Kali terakhir mereka menang di tempat sendiri ialah ketika menewaskan JDT dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan Piala Malaysia pada bulan oktober 2018.

Terengganu FC
Aksi pemain Terengganu FC ketika menentang Perak. FOTO: TFC

Situasi itu menyebabkan skuad Penyu digelarkan sebagai ‘Pakar seri’ dalam kalangan penyokongnya namun ia tidak mematahkan semangat para pemain pasukan itu untuk meraih 3 mata penuh dalam perlawanan yang seterusnya.

Melaka United beraksi tanpa khidmat Liridon Krasniqi

Kelmarin, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengesahkan tonggak tengah import pasukannya, Liridon Krasniqi tidak dapat beraksi dalam perlawanan bertemu Terengganu FC akibat kecederaan.

Liridon disahkan mengalami kecederaan ketika bertemu Kuala Lumpur (KL) di Stadium Hang Jebat, minggu lalu. Tempat pemain tengah dari Kosovo itu akan digantikan oleh bekas pemain tengah Selangor, Saiful Ridzuan Selamat.

Pemain tersebut sudah pasti akan mengambil sedikit masa untuk pulih dan skuad Melaka United kini letak harapan tinggi kepada Saiful untuk membentuk persefahaman yang baik bersama pemain tengah berpengalaman iaitu Safiq Rahim dan Darko Markovic.

Aksi Liridon Kasniqi ketika menentang PJ City FC. FOTO: MUSA

Manakala semua pemain lain bebas daripada sebarang kecederaan termasuk Ahmad Khuzaimee Piee yang pengsan terkena bola ketika berdepan PKNS FC tiga minggu lalu.

Perkembangan itu memberi banyak pilihan kepada Zainal Abidin untuk menyenaraikan barisan terbaik untuk mengutip 3 mata penuh dan mengejar kedudukan teratas Liga Super.

Rekod pertemuan

Berdasarkan rekod, Terengganu FC telah memenangi 3 perlawanan dalam 5 pertemuan mereka dengan Melaka United dalam semua pertandingan.

26 Mei 2018:
Terengganu FC 1-0 Melaka United (Liga Super)

13 April 2018:
Melaka United 0-3 Terengganu FC (Liga Super)

19 Ogos 2016:
Terengganu FC 0-2 Melaka United (Piala Malaysia)

12 Julai 2016:
Melaka United 2-1 Terengganu FC (Piala Malaysia)

15 Julai 2008:
Terengganu FC 4-0 Melaka United (Piala Malaysia)

Taktikal pasukan

Irfan Bakti lebih gemar menggunakan formasi 4-1-4-1 dimana Kipre Tchetche diletakkan sebagai ‘target man’ sambil dibantu oleh Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck. Sistem 4-1-4-1 akan memastikan pemain bertahan dengan lebih kompak, sebelum menggempur lawan menggunakan serangan balas pantas.

Irfan Bakti memberi taklimat kepada para pemainnya menjelang perlawanan menentang Melaka United. FOTO: TFC

Seperti yang kita semua sedia maklum, skuad Melaka United musim ini berbeza dan jauh lebih mantap daripada musim lepas. Dengan kehadiran semula Khuzaimee Piee di bahagian pertahanan kanan memberi sedikit kelebihan kepada mereka untuk memastikan benteng pertahanan tidak mudah dibocori.

Zainal Abidin dijangka akan mempertaruhkan gandingan Patrick Reichelt, Casagrande dan Nazrin Nawi di bahagian serangan dengan formasi 4-3-3. Kreativiti Safiq Rahim dan Darko Markovic di bahagian tengah sangat ditagih selepas ketiadaan Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan.

Ramalan Semuanya BOLA

Kekuatan kedua-dua pasukan ini adalah seimbang dan penulis menjangkakan perlawanan akan berlangsung dengan sengit. Dalam perlawanan ini, pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan berpeluang meraih 3 mata penuh.

Terengganu FC perlu memberi fokus 200% di atas padang untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang merugikan mereka sendiri sehingga gagal menamatkan kemarau kemenangan di halaman sendiri.

Melaka United juga mampu memberi ancaman berbahaya kepada lawan dan tidak mustahil mereka memecahkan rekod tanpa kalah Terengganu FC di tempat sendiri.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN