Bojan Hodak Umum 22 Pemain Bawa Cabaran Negara Di Kejohanan Piala Sanix 2019

Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun kebangsaan (B-19), Bojan Hodak telah memanggil 29 pemain untuk sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula pada Jumaat lepas, 1 Mac 2019.

Daripada 29 orang tersebut, 22 pemain telah dipilih untuk membawa cabaran negara bagi menghadapi kejohanan bola sepak remaja antarabangsa, Piala Sanix 2019 di Fukuoka, Jepun pada 14 hingga 17 Mac 2019.

Senarai pemain skuad Malaysia B-19

Antara yang terpilih ialah 7 pemain daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan mempunyai pengalaman mewakili skuad Malaysia B-16 dalam saingan AFC B-16 tahun lepas. Salah seorang daripadanya merupakan penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim.

Menurut kenyataan daripada FAM, mereka akan berlepas ke Fukuoka pada Ahad, 10 Mac 2019 menjelang tiga perlawanan peringkat awal bertemu Aomori Yamada High School dan Sagan Tuso Youth pada Khamis, 14 Mac 2019 dan berdepan Otsu High School pada Jumaat, 15 Mac 2019.

Jika mereka berjaya ke peringkat kalah mati, perlawanan akan berlangsung pada Sabtu, 16 Mac 2019 dan aksi final pula dijadual pada Ahad, 17 Mac 2019.

Penyertaan pada kejohanan ini bertujuan memberi pengalaman antarabangsa kepada pemain muda. Tujuannya untuk menilai kemampuan pasukan ini dan melihat berapa ramai daripada mereka berpotensi dipilih bermain dalam Kejohanan AFF B-18 dan AFC B-19 yang akan datang.

Selain Malaysia, Korea Selatan, dan China termasuk tuan rumah, Jepun dan beberapa kelab pembangunan terbaik di sana akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Selepas menghadapi kejohanan tersebut, skuad Hodak akan ke Osaka bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Cerezo Osaka pada Rabu, 20 Mac 2019 dan kembali ke tanah air, keesokan harinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN