Elkan Baggott Cemerlang Bantu Pasukannya Dalam Saingan Carabao Cup

Pemain bintang Indonesia, Elkan Baggott dilihat semakin cemerlang beraksi di England, apabila terbaharu beliau membantu kelab diwakilinya iaitu Gillingham FC mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Carabao Cup.

Pada aksi yang berlangsung semalam, Gillingham FC berjaya mengetepikan cabaran AFC Wimbledon dengan keputusan 2-0 di Stadium Cherry Red Records dengan Baggot beraksi penuh 90 minit perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Baggott telah diletakkan berpasangan bersama Max Ehmer dan Will Wright dalam formasi tiga pertahanan selaku pemain kesebelasan utama daripada pengendali, Neil Harris.

Sepanjang aksi berlangsung, jelas pasukan lawan iaitu AFC Wimbledon lebih menguasai permainan menerusi siri serangan bertali arus dilancarkan ke kubu pertahanan Gillingham.

Namun disiplin yang tinggi telah dipamerkan oleh rangkaian pertahanan pasukan terutama sekali Baggott yang banyak menyelamatkan keadaan berjaya mengecewakan lawan.

Gillingham berjaya mendapatkan dua jaringan pada penghujung perlawanan menerusi Mikael Mandron pada minit ke-90 serta gol terakhir pada minit ke-92 hasil ledakan Jordan Green untuk membantu pasukan meraih kemenangan.

Perlawanan kekal tamat dengan Gillingham berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 selain Baggott menjadi antara pemain cemerlang dalam aksi tersebut.

Baggott jelas menjadi pemain paling gembira akan kemenangan tersebut dengan berjaya membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Carabao Cup.

Menurut beliau, penampilan rakan sepasukan serta dirinya berjaya membantu Gillingham melonjak ke peringkat seterusnya hasil aksi permainan yang memberansangkan.

“Aksi yang sangat bagus dipamerkan oleh kami pada perawanan malam ini, dan kami berjaya mara ke pusingan seterusnya,” jelas Baggot dengan gembira menerusi Bola.com.

Ketika ini, Gillingham masih lagi menunggu siapa lawan mereka pada aksi seterusnya dalam saingan tersebut dan Baggott akui perjalanan kelabnya masih lagi panjang.

Sebelum itu, Baggott percaya kualiti yang dimiliki oleh rakan sepasukannya mampu membawa mereka ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

“Kami memiliki skuad yang sangat bagus dan itu menjadi taruhan kami kali ini untuk mengharungi musim yang panjang.

“Semua penyokong mengharapkan kebangkitan kami pada musim ini dan kami akan cuba berada di atas tahun ini,” ulas Baggott.

Baggott mula menyertai Gillingham sebagai status pemain pinjaman pada bulan Julai 2022.  Pemain pertahanan itu bakal bersama kelab tersebut sehingga Disember 2023.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN