Penyokong Manchester United Rancang Boikot Aksi Lawan Liverpool

Manchester United

Penyokong Manchester United merancang untuk memboikot aksi menentang Liverpool yang dijadualkan sebagai perlawanan ketiga liga buat mereka.

Bukan kerana takut kalah kepada Liverpool, tetapi mereka mahu memberikan pengajaran penting kepada The Glazers yang dilihat semakin berjaya ‘menjahanamkan’ kelab mereka.

Di media sosial, tanda pagar #EmptyOldTrafford sudah menjadi sohor kini (trending) terutamanya di Twitter dengan penyoko ng-penyokong United sudah bersedia untuk memastikan gelanggang rasmi mereka kosong apabila Liverpool datang.

Semuanya bermula apabila seorang penyokong United di Twitter mengajak untuk memboikot perlawanan menentang Liverpool pada 22 Ogos ini.

“#MUNLIV, 22 Aug, #EmptyOldTrafford,” tulis poster yang disiarkan oleh Aidan Walsh.

Sebelum ini, protes yang sama dilakukan oleh penyokong United ketika aksi menentang Liverpool pada dua musim yang lepas.

Ianya menyebabkan beberapa penyokong United menceroboh Old Trafford sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Penentangan penyokong United terhadap Glazers sebenarnya sudah bermula sejak dahulu lagi apabila mereka berasakan pemilik dari Amerika Syarikat itu hanya merosakkan kelab mereka sahaja.

Mereka berasakan yang Glazers telah membuatkan United berada dalam keadaan hutang yang cukup banyak dan perlu disingkirkan dengan segera.

Malah, ada juga penyokong United yang menubuhkan kelab mereka sendiri iaitu FC United of Manchester kerana terlalu kecewa dengan apa yang Glazers telah lakukan kepada The Red Devils.

Leave a Reply