Elak Malaysia Lemau, FAM Bakal Atur Aksi Persahabatan Sebelum Bertemu Oman

Malaysia nampaknya bakal menghadapi sekurangnya satu aksi persahabatan tidak lama lagi, dalam usaha mereka untuk mengekalkan momentum sebelum mengharungi aksi seterusnya bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Terdahulu, Harimau Malaya menamatkan kempen dalam saingan Piala Asia 2023 di peringkat kumpulan sahaja apabila mereka sekadar mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan dihadapi.

Walaupun begitu, secara keseluruhan Malaysia berjaya menampilkan aksi cukup positif terutama pada perlawanan terakhir ketika mereka mampu untuk mengikat Korea Selatan seri 3-3.

Ketika ini, ada sesetengah pemain skuad kebangsaan masih lagi dalam tempoh berehat dan ada juga sudah memulakan sesi latihan bersama kelab masing-masing.

Namun, ketiadaan sebarang aksi kompetitif dilihat mampu untuk menyekat seketika momentum positif para pemain Harimau Malaya untuk menghadapi saingan seterusnya dalam siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Jika dilihat pada kedudukan Kumpulan D, Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk mencipta rekod mara ke pusingan seterusnya selepas mereka berjaya meraih enam mata daripada dua perlawanan dilalui.

Harimau Malaya juga berpeluang untuk melebarkan kutipan mata mereka pada aksi seterusnya menentang Oman jika skuad kendalian Kim Pan-gon mampu untuk terus mengekalkan momentum positif.

Disebabkan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat perancangan untuk mengadakan aksi persahabatan buat pasukan kebangsaan bagi mengelakkan mereka tampil lemau ketika menentang Oman.

Jelas Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, Malaysia ada kemungkinan besar akan mengharungi aksi persahabatan sebelum berdepan cabaran sebenar pada siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Jelasnya, aksi persahabatan itu penting untuk memastikan pasukan kebangsaan berada pada tahap terbaik serta mampu melakar rekod membanggakan di pentas antarabangsa.

“Kita akan melihat kepada kesesuaian pasukan dan skuad Kim Pan-gon akan beraksi untuk beberapa perlawanan persahabatan.

“Perlawanan terbabit cukup penting kerana mahu barisan pemain bersedia sebelum berlepas ke Oman,”katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro mengenai skuad kebangsaan.

Terdahulu, Malaysia berjaya mencipta dua kemenangan menarik apabila skuad kendalian Kim mencipta kejutan mengatasi Kyrgyzstan serta menewaskan Taiwan di gelanggang lawan untuk mengumpul enam mata secara keseluruhan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN