Azzmi Aziz Sedia Untuk Kembali Gegar Saingan Liga M Musim 2024/2025

Pengendali muda berpotensi besar, Azzmi Ab Aziz dilaporkan bakal kembali memeriahkan saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk saingan musim akan datang di kerusi kejurulatihan sebuah pasukan.

Nama Azzmi bukan lagi sesuatu yang asing dalam arena bola sepak tempatan, selepas awal musim lalu menyaksikan sentuhan jurulatih tersebut berjaya menjadikan PDRM sebagai antara pasukan penuh kejutan.

Tampil dengan senarai pemain kurang ternama serta dibarisi ramai bintang muda, Azzmi berjaya mencipta kejutan pada tahun lalu untuk mengejutkan beberapa pasukan pilihan, termasuk Kedah Darul Aman (Kedah).

Ketika ini, Azzmi dilaporkan beliau bakal kembali mewarnai saingan Liga M untuk mengisi posisi kejurulatihan sebuah pasukan tempatan tanpa dijelaskan dengan lebih lanjut.

Menurut pengendali tersebut, beliau jelas sangat bersyukur kerana masih ada kelab lain berminat untuk dapatkan khidmatnya bagi saingan hadapan.

Apatah lagi ketika ini ‘trend’ menunjukkan banyak pasukan sudah mula mengharapkan sentuhan daripada jurulatih import serta berpengalaman selaku pengendali.

Walaupun bakal kembali mewarnai saingan Liga M musim depan, Azzmi ketika ini enggan untuk menyatakan pasukan baharu bakal diwakilinya sebagai jurulatih utama.

“Alhamdulillah syukur kerana masih ada pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya pada musim pertama jadual baharu ini.

“Bagaimanapun saya menyerahkan kepada pihak pengurusan pasukan berkenaan untuk membuat pengumuman secara rasmi, saya hormati keputusan pihak pengurusan.

“Harap peminat yang mahu mengetahui destinasi saya pada musim ini harap bersabar, Insya-Allah pihak pengurusan kelab berkenaan akan mengumumkan pada awal bulan depan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Musim lalu, secara tiba-tiba Azzmi dilepaskan oleh PDRM pada pertengahan musim tatkala pengendali itu merekodkan banyak keputusan positif buat pasukan berkenaan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia.

Malah, PDRM juga tidak memberi alasan sebenar mengapa Azzmi dilucutkan begitu sahaja jawatannya selaku jurulatih utama sebelum pasukan itu mendapatkan pengganti baharu.

Untuk saingan hadapan, Azzmi menyatakan beliau sedia memberikan terbaik buat pasukan baharunya serta sedia melupakan kisah gelap beliau pada tahun lalu.

“Saya mengharapkan musim baharu ini sejarah berkenaan tidak lagi berulang dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memacu pasukan,” katanya akhir sekali.

Menurut laporan semasa dikekuarkan di media sosial, ada kemungkinan Azzmi bakal menjadi jurulatih baharu buat Negeri Sembilan bagi menggantikan khidmat K. Devan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN