Kenapa Selangor Dianggap Destinasi Paling Tepat Buat Haqimi Azim?

Selangor kini dilaporkan sedang mengintai peluang untuk cuba mendapatkan penyerang muda kebangsaan pada saingan musim hadapan iaitu Haqimi Azim Rosli.

Laporan itu dikeluarkan melalui laman Onefootball.my di media sosial X dengah menyatakan Haqimi sedang berada dalam proses rundingan untuk menyertai The Red Giants pada musim akan datang.

Untuk rekod, Haqimi sebelum ini mengakui beliau sedia untuk berpindah dari Kuala Lumpur City (KL City) ke pasukan lain walau sebagai status pinjaman demi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Haqimi antara bintang muda negara yang dianggap memiliki masa depan cukup cerah untuk menyinar serta dilihat sesuai untuk menjadi pelapis kepada posisi serangan negara pada masa hadapan di pentas antarabangsa.

Menyedari beliau kurang diberi peluang pada musim lalu, Haqimi bersedia untuk dipinjamkan kepada kelab lain demi meningkatkan lagi prestasinya di atas padang.

“Kalau tahun ini saya masih lagi kurang minit permainan, saya akan minta kepada jurulatih serta orang atasan KL untuk pergi dengan status pinjaman bersama mana-mana pasukan yang memberi peluang saya bermain dan dapat minit permainan,” jelas Haqimi menerusi perkongsian Fadhirul Shuhaimi yang merupakan wartawan Astro Arena.

Musim lalu menyaksikan Haqimi diberi peluang beraksi sebanyak 16 perlawanan secara keseluruhan dalam saingan domestik bersama KL City dengan merekodkan satu jaringan serta satu bantuan gol sahaja.

Haqimi juga ketika ini menjadi antara pemain pilihan utama untuk skuad bawah 23 (B-23) negara dan sudah pun memberi impak tersendiri khususnya di posisi serangan sejak tahun lalu.

Bersama pasukan senior negara, Haqimi telah pun membuktikan beliau kini bersedia untuk menggalas tugas selaku penyerang harapan Harimau Malaya apabila beliau berjaya merekodkan satu gol sewaktu dalam saingan Piala AFF.

Secara keseluruhan, Haqimi kini menjadi antara penyerang muda tumpuan negara kerana kebolehan beliau untuk menjaringkan gol dari pelbagai arah serta sangat lincah mengawal bola.

Jika benar Haqimi menyertai Selangor, ianya boleh dianggap sebagai langkah tepat kerana pasukan tersebut juga bakal beraksi di saingan Asia pada musim akan datang.

Ini bermakna, Haqimi berpeluang untuk membuktikan dirinya sebagai penyerang harapan negara jika beliau diberi peluang beraksi menentang kelab-kelab handalan Asia lain.

Apatah lagi, pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe juga boleh dianggap sebagai seseorang jurulatih yang mesra akan pemain muda dan sudah dibuktikan kini bersama kelab tersebut.

Lihat sahaja sejak musim lalu berapa ramai pemain-pemain muda Selangor berjaya diberi peluang untuk menembusi skuad utama serta mendapat tempat di hati kejurulatihan skuad Harimau Malaya bawah 23 (B-23).

Walaupun The Red Giants memiliki rantaian pemain serangan lebih berpengalaman, ianya tidak menghalang Haqimi untuk cuba merebut lebih banyak minit permainan jika pemain itu mampu membuktikannya di sesi latihan.

Pada pandangan anda, adakah Selangor destinasi terbaik buat Haqimi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN