Perpindahan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid ke Barcelona pada Julai lalu kini memasuki episod baharu apabila sebuah akhbar Sepanyol, El Mundo menampilkan bukti menyatakan Barcelona memancing pemain tersebut melalui pintu belakang.
Menurut MARCA yang turut melaporkan perkembangan perpindahan tersebut, Barcelona melanggar peraturan perpindahan – berdasarkan terma yang ditetapkan oleh Atletico – kerana melakukan rundingan pada Mac.
Sebelum ini timbul pertikaian oleh Atletico yang hanya menerima bayaran €120 juta dari Barcelona, selepas klausa kontrak membenarkan nilai pemain tersebut dikurangkan dari nilai asal €200 juta selepas 1 Julai 2019.
? REPORT: Atleti have obtained emails showing that Griezmann and Barcelona were negotiating a secret deal back in March.https://t.co/6T2viUaY7d
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) September 19, 2019
Walaupun sebelum ini Atletico jelas tidak berpuas hati dengan tindakan Barcelona yang mendakwa perjanjian diantara Griezmann dan kelab Catalan itu sudah bermula sejak Mac, tiada bukti telah disertakan dalam laporan yang diserahkan kepada La Liga dan Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).
Namun bukti baharu yang didedahkan oleh El Mundo ini mungkin akan memaksa Barcelona untuk membayar €80 juta tambahan seperti yang patut diterima oleh Atletico untuk membenarkan penyerang antarabangsa Perancis itu berhijrah ke Nou Camp.
Griezmann negoció por ‘mail’ 14 millones en comisiones por fichar por el Barça mientras el Atlético se jugaba la temporada https://t.co/ymJyEDyei4
— EL MUNDO Deportes (@ElMundoDeportes) September 19, 2019
El Mundo dalam satu laporan mengatakan mereka memperolehi salinan email yang membuktikan Griezmann dan Barcelona melakukan rundingan di belakang Atletico pada Mac lalu.
Email tersebut adalah diantara kakak Griezmann dikenali sebagai Maud, ayah beliau, peguam Sevan Karian, dan seorang lagi ejen berbangsa Perancis.
Semua pihak tersebut menerima bayaran keseluruhan €14 juta dari Barcelona sebagai bonus menandatangani kontrak.
Barcelona sebelum ini bagaimanapun bertegas pihak mereka tidak melakukan sebarang salah laku ketika melakukan perjanjian untuk mendapatkan Griezmann.