Mungkin ada yang sedar dan terperasan bahawa tiada sesi memperingati mangsa tragedi serangan bersenjata di New Zealand – bagi perlawanan bola sepak domestik England.
Tidak kiralah perlawanan liga mahu pun Piala FA.
Ini menimbulkan kritikan salah seorang bekas pegawai FA Inggeris, Yunus Lunat. Yunus sebelum ini menjawat jawatan selaku ketua Jawatankuasa Persamaan (Equality) dalam badan bola sepak itu.
Kritikan terbuka ini dilemparkan semasa temuramah yang disiarkan oleh BBC.
Tidak adil?
Sebelum ini, semasa serangan bersenjata di Perancis pada beberapa tahun lepas, sesi tafakur telah diadakan bagi memperingati mangsa. Malah, lagu kebangsaan Perancis turut diperdengarkan.
Yunus memanggil bekas majikannya sebagai dwi-standard dan hipokrit. Malah, tidak salah mengadakan sesi memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat serangan ganas di New Zealand itu.
Shame on you @FA @premierleague @EFL No minutes silence to mark Christchurch massacre #MoreToFootball?#doublestandards
Went all out for Paris/Charlie Hebdo. #MuslimLivesDontMatter
— Yunus Lunat (@YunusLunat1) March 16, 2019
Tambah memalukan, pertandingan liga ragbi domestik telah mengadakan sesi memperingati mangsa tragedi itu pada hujung minggu lalu. Sesi itu turut diadakan sebelum perlawanan ragbi tahunan Six Nations.
Ia diingati
Semalam, sebelum perlawanan A-League antara Wellington Pheonix dengan Western Sydney Wanderers, sesi tafakur telah diadakan. Pasukan dari New Zealand itu menewaskan Western Sydney dengan 3 gol berbalas 1.
Malah, Mark Rudan, pengurus Pheonix mendedikasikan kemenangan itu kepada komuniti Christchurch yang terkesan akibat tragedi itu.
Rudan sendiri mengenakan ros putih yang diletakkan pada blazernya sebagai simbol memperingati mereka yang meninggal dunia. Terdapat sekumpulan kecil penyokong Pheonix mengutip dana di luar stadium untuk diberikan kepada komuniti Christchurch.
Di Turki
Ahead of the match between Fenerbahçe and Sivasspor in Turkey’s Istanbul, players and fans pay tribute to the victims of #NewZealandTerroristAttack, which killed 49 people https://t.co/CYyLYy2xOF pic.twitter.com/UbR5Nehvaj
— DAILY SABAH (@DailySabah) March 16, 2019
Daily Sabah melaporkan sesi memperingati mangsa juga diadakan sebelum perlawanan bola sepak di Turki. Perlawanan yang dimaksudkan antara Fenerbahce melawan Sivasspor.
Dalam perkembangan lain, NZ Football telah mengesahkan Atta Ellayyan meninggal dunia. Allahyarham Atta Ellayyan merupakan penjaga gol futsal New Zealand.
Beliau meninggal dunia pada usia 33 tahun.
Memang benar kata Yunus, ada masanya kita tidak perlu bersikap dwi-standard. Toleransi dan prihatin harus berlaku, lebih lagi dalam masyarakat yang terbuka dan pelbagai.