Kelab Azerbaijan Tandatangani Bekas Bintang Persib Bandung, Michael Essien

Nampaknya harapan melihat kelibat Michael Essien bermain di Malaysia sudah berderai menjadi debu.

Ini kerana beliau telah menandatangani kontrak dengan sebuah kelab di liga yang kurang dikenali.

Ke Azerbaijan

Kelab yang menandatangani Essien ialah Sabail FK. Kontrak yang ditandatangani beliau dijadualkan berakhir pada Mei tahun hadapan.

Di samping menjadi pemain, beliau menjadi jurulatih pasukan bawah-19 tahun kelab itu.

Pemain berusia 36 tahun ini dahulunya pernah menyarung jersi Chelsea, Real Madrid dan AC Milan. Beliau sempat berkelana ke Greece dengan menjadi pemain Panathinaikos.

Persib Bandung pernah mengambil beliau sebagai pemain pada 2017 dan kontraknya bersama kelab Indonesia itu berakhir pada tahun lalu.

Menurut laporan daripada Ghanaweb, penyokong Persib Bandung memujuk beliau untuk kembali ke Indonesia. Malah, terdapat komen penyokong Persib merindukan kelibat beliau.

Komen itu boleh dilihat di akaun Instagram kendaliannya.

Sabail?

Sabail, kelab Azerbaijan.Sumber: SabailFK

Kelab ini sebenarnya kurang dikenali dan baru sahaja berusia 3 tahun. Mereka bersaing dalam saingan Liga Perdana Azerbaijan.

Sabail berpangkalan di Baku, ibu kota Azerbaijan. Mereka digelar sebagai The Sailors.

Musim lalu, Sabail menduduki tangga ke-7 daripada keseluruhan 8 kelab bertanding dalam Liga Perdana Azerbaijan. Setiap kelab akan mengharungi 28 perlawanan semusim.

Musim ini, mereka sedang berada di tangga ketiga carta liga dengan 31 mata selepas 9 kemenangan dan 4 seri. Tempat kedua dan ketiga liga ini dijanjikan slot kelayakan Liga Europa.

Juara liga pula akan bersaing dalam kancah kelayakan Liga Juara-Juara. Adakah kehadiran Essien mampu mewarnai bola sepak Azerbaijan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN