Ekoran Prestasi Hambar, Skuad Terengganu FC ‘Ditegur’ Oleh Ultras Tranung

Prestasi naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) yang tewas dalam tiga perlawanan Liga Super berturut-turut mengundang pelbagai kritikan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong skuad penyu.

Malah, segelintir penyokong berpandangan TFC mungkin mempunyai masalah dalaman seperti kelewatan pembayaran gaji sehingga memberi kesan kepada prestasi pemain di atas padang.

Mengulas mengenai isu tersebut, penolong ketua jurulatih TFC, Mohamad Nik bagaimanapun menafikan skuadnya dihimpit masalah dalaman sehingga gagal mengutip sebarang mata ketika bertemu Selangor, PKNP FC dan terbaharu Kedah.

Enggan membiarkan kemerosotan prestasi berulang lagi pada perlawanan yang akan datang, sekumpulan penyokong setia Ultras Tranung bertindak turun padang semalam untuk menemui para pemain bagi memberikan ‘teguran’ dan suntikan motivasi.

Mereka berharap skuad kendalian Irfan Bakti itu dapat mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan yang seterusnya untuk menyakinkan semula para penyokong mereka.

“Kami turun hari ini untuk mengetahui apa masalah pemain. Kita bukan nak cari salah atau berbalah, kita cari di mana punca sebenarnya. Tidak kira pemain import atau tempatan, kita tetap berhadapan selagi kita semua bernyawa, selagi darah masih hitam putih dan selagi itu kami ada di belakang,” kata kenyataan di laman facebook Ultras Tranung.

“Disebabkan sayang, kami datang cakap depan-depan. Kalau ikutkan emosi, memang nak marah. Pemain kena lebih bermotivasi dan taktikal pun kena lebih pelbagai,” katanya.

Kesebelasan utama Terengganu FC ketika menentang Kedah. FOTO: TFC

Selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super, Terengganu FC kini mengutip sembilan mata dan berada di kedudukan kesembilan liga.

Mereka akan bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dalam saingan Piala FA esok tanpa khidmat ketua jurulatih yang masih mengikuti kursus kejurulatihan Diploma AFC Profesional di Kuala Lumpur.

“Biar pun tanpa ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim yang masih berkursus, saya gesa pemain bangkit dan mengambil peluang ini untuk melangkah ke pusingan seterusnya selain tidak mengambil mudah status pasukan lawan yang beraksi dalam saingan Liga M3,” kata penolong jurulatih, Mohamad Nik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN