Quantcast

BERITA

Satiananthan Akui Nurri Salah, Hairan Mengapa Amri Dipersalahkan

Insiden panas yang berlaku di Stadium Shah Alam antara pasukan Selangor dan Perak pada hari Jumaat lalu masih lagi menjadi buah perbualan pemerhati bola sepak Malaysia.

Dalam perlawanan yang menyaksikan  satu kad merah dilayangkan kepada bekas pemain The Bos Gaurus, Nurridzuan menjadi kritikan penyokong Perak menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong pelawat.

Malahan, gambar Amri Yahyah menunjukkan isyarat yang sama juga turut ditukarkan di media sosial.

Tak Tunjuk Pada Siapa-Siapa

FOTO: Roslin Mat Tahir / METRO

Bercakap mengenai insiden tersebut, ketua jurulatih Selangor, B.Satiananthan mengakui bahawa tindakan Nurridwan dan Amri itu adalah salah, namun faham mengapa kapten pasukan Red Giants, berbuat demikian.

“Saya mengakui yang saya dah minta maaf dengan fans Perak, dengan tindakan yang diambil oleh Nurri. Tetapi, saya tak faham ada gambar Nurri dan Amri. Gambar Amri tu bukan ditujukan pada penyokong. Dia tak tunjuk pada siapa-siapa pun.”

Dalam temubual dengan SemuanyaBOLA, Satiananthan menjelaskan yang Amri sebenarnya reacts kepada insiden itu, kerana pengadil tidak melakukan apa-apa setelah pemain Perak, Leandro da Silva mengasari beliau dan mengeluarkan kata-kata tidak elok dalam bahasa Portugis.

“Kami juga ada pemain Brazil dalam pasukan. Perkataan orang sebut  sewaktu mereka bergaduh di Brazil, yang kalau anda dengar dan faham, awak pun akan marah.”

“Jadi benda ni berlaku di hadapan pengadil. Jadi, tengoklah gambar betul-betul, jangan tengok gambar Amri yang ditunjukkan tu sahaja, tapi tengok apa yang berlaku pada ketika itu. Pengadil ada disitu, tapi mengapa pengadil tidak ambil tindakan.”

“Pengadil juga berkata ‘tak apa-tak apa’ pada Amri dan meminta supaya dia melupakan insiden itu. Jadi, jadi apa yang buatkan hal ini menjadi besar? Seolah-olah, dua-dua orang pemain saya ini menunjukkan syarat lucah kepada penyokong Perak.”

Bercakap soal Nurri, Satiananthan melahirkan permohanan maaf kepada anak buahnya itu.

“Tapi, insiden Nuri tu memang salah. Nurri akan minta maaf, saya pun minta maaf.”

Nurri Tampil Minta Maaf

FOTO: IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Bercakap kepada SemuanyaBOLA, pemain sayap Selangor, Nurridzuan mengakui bahawa dia menyesal dan memohon maaf kepada penyokong Perak.

“Pertamanya, saya minta maaf kepada penyokong Perak sebab macam mereka cakap, saya tak hormati mereka sebab saya pernah bermain untuk mereka. Tapi bagi saya, kalau kita nak orang hormati kita, kita kena hormati orang.”

“Jadi, kalau mereka hargai saya sebelum ini semasa saya di Perak, mereka takkan boo saya. Tapi benda tu bagi saya biasa, cuma saya nak ada sedikit rasa dihargai oleh penyokong Perak.”

Nurri juga mengakui bahawa dia telah terlampau ekoran mendapat kad merah, dan ejekan dari penyokong pelawat itu mungkin telah membuatkannya bertindak sedemikian.

“Dalam situasi tu saya mungkin tak boleh nak berfikir kerana telah mendapat kad merah dan saya keluarkan isyarat tu. Jadi saya minta maaf kepada penyokong Perak dan saya harap insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi.”

Nurri juga mengakui bahawa dia mungkin kurang mendapat kepercayaan dari ketua juruatihnya, namun berjanji akan berusaha dengan sepenuhnya demi merebut semula dalam kesebelasan utama dalam skuad Red Giants.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!