Ejen Romelu Lukaku Di Inter Milan Bincangkan Perpindahan

Lukaku

Wakil kepada Romelu Lukaku dilaporkan sudah berada di Milan bagi membincangkan perpindahan pemain itu ke Inter Milan.

Nama Romelu Lukaku menjadi bualan hangat dalam jendela perpindahan kali ini. Ini selepas Antonio conte mahukan Inter Milan mendapatkan pemain tersebut untuk beliau. Ianya dilaporkan antara syarat diletakkan Conte sebelum menyertai Inter Milan.

Antonio Conte Pernah berusaha untuk mendapatkan Lukaku ketika beliau menjadi pengurus pasukan Chelsea. Namun hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

Dalam pada yang sama Inter Milan juga menyenaraikan penyerang sensasi yang bermasalah mereka Mauro Icardi untuk dijual.

Selepas tamat tugasan antarabangsa yang lalu, Lukaku menyatakan beliau sudah sedia dengan cabaran yang baharu. Dan Lukaku menganggap Antonio Conte sebagai pengurus terbaik di dunia. Lukaku kemudian percaya ejen beliau akan melakukan yang terbaik untuk masa hadapannya.

Dipetik daripada sumber Fabrizio Romano: Ejen kepada Lukaku iaitu Federico Pastorello menyatakan: “Lukaku adalah impian [Inter Milan], namun bukannya mudah untuk merealisasikannya. Tetapi, ya Inter Milan sedang berusaha mendapatkan Rom [Lukaku].”

“Romelu pula sudah menyatakan hasrat beliau untuk pergi [meninggalkan Manchester United].”

Sebelum ini Inter Milan sudah melakukan beberapa bidaan yang ditolak oleh Manchester United.

Manchester United meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan menerima tidak lebih daripada £75 juta untuk Romelu Lukaku. Bidaan pertama Inter Milan dilaporkan sekitar £55 juta. Inter Milan kemudian menyertakan Ivan Perisic dalam bidaan kedua mereka.

Pastinya hari yang sibuk di pejabat Ole Gunnar Solskjaer kali ini dalam menguruskan 2 pemain beliau yang berhasrat mahu angkat kaki, iaitu Pogba dan Lukaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN