Deportes & Finanzas: Tiga Pasukan Liga Malaysia Tersenarai 30 Kelab Miliki Interaksi Paling Aktif Instagram

Sebuah kajian yang dilakukan oleh sebuah firma konsultansi sukan dan kewangan bebas, Deportes & Finanzas baru-baru ini menyenaraikan tiga kelab dari Liga Malaysia sebagai antara 30 pasukan dari rantau Asia yang memiliki interaktif paling aktif di media sosial menggunakan platform Instagram.

JDT merupakan pasukan terbaik dari Malaysia, berada di kedudukan ke-10 diperingkat rantau Asia, dikuti oleh Selangor yang berada di tangga ke-21 senarai tersebut.

Manakala Pahang yang baru-baru ini mendapat perhatian dunia dengan gol jarak jauh Herold Goulon berada di tangga ke-26 dalam senarai tersebut – sekaligus mengatasi kelab-kelab Asia yang lain seperti Kashima Antlers (Jepun), Sepidrood Rasht S.C (Iran), dan Semen Padang FC (Indonesia).

Kelab dari Indonesia mendominasi senarai tersebut apabila 15 kelab dari negara jiran itu berada di kalangan 30 kelab bola sepak yang tersenarai. Tujuh daripada 15 kelab tersebut disenaraikan sebagai 10 buah kelab bola sepak yang memiliki interaksi tertinggi

Kelab Iran, Persepolis yang juga merupakan naib juara Asian Champions League (ACL) musim lalu berada di kedudukan teratas dengan interaksi paling tinggi di kalangan 30 kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN