Ejen Jelaskan Mesut Ozil Mahu Kekal Di Arsenal, Minta Peminat Abaikan Gosip

Ozil

Ejen Mesut Ozil – Dr. Erkut Sogut mendakwa pemainnya itu belum menunjukkan sebarang minat untuk meninggalkan Arsenal pada waktu terdekat ini.

Menurut Sogut, Ozil memberitahu kepadanya yang beliau mahu memberikan fokus kepada Arsenal dan menghormati tempoh kontrak bersama kelab London itu.

“Khabar angin [perpindahan] akan sentiasa terjadi”

“Tetapi tidak ada keraguan tentang hal itu [kekal di Arsenal]. Satu perkara yang saya boleh beri jaminan adalah kesetiaan Mesut [Ozil] kepada Arsenal.”

“Fikiran Ozil ketika ini hanya memberi tumpuan kepada Arsenal. Ozil memiliki ‘darah merah’ The Gunners dan dia mahu menghormati kontraknya itu. Itu semua jelas. Dia akan kekal di sini sekurang-kurangnya sehingga 2021,” kata Sogut kepada Turkish-Football.

Isu perpindahan bintang Jerman itu dari Arsenal menjadi lebih ‘hangat’ apabila ada beberapa pihak mendesak pengurusan kelab segera mencari jalan untuk menjual Ozil bagi menggunakan dana untuk mengikat pemain lain.

Namun, cadangan itu ditolak oleh Arsenal. Sementara bagi Ozil pula, beliau juga enggan berpindah keluar ke kelab lain walaupun secara pinjaman dan tetap meraih gaji 350,000 pound (RM1.84 juta) seminggu.

Abaikan gosip

Sogut turut menambah, dalam masa terdekat ini akan timbul banyak gosip dari pelbagai sumber mengenai masa depan Ozil.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Arsenal FC and Brighton & Hove Albion at Emirates Stadium on May 5, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Oleh itu, beliau menasihatkan kepada peminat agar mengabaikannya dan teruskan memberi sokongan kepada Ozil.

“Penyokong Arsenal terutama bagi peminat Ozil, anda tidak perlu risau tentang gosip yang mungkin berlaku pada musim panas ini. Ozil telah menemui tempat di mana dia akan dihargai dan dia pasti mampu memberi sesuatu kepada kelab lebih banyak.”

Mesut Ozil telah menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ besar Arsenal. Beliau telah menjalani kehidupan di Emirates sudaj hampir enam tahun.

Setakat ini, bekas pemain Real Madrid itu telah bermain sebanyak 226 perlawanan untuk Gunners dalam semua kejohanan.

Leave a Reply