Brighton Pecat Chris Hughton Selepas Tewas 4-1 Kepada Man City

Chris Hugton menjadi pengurus pertama yang dipecat selepas saingan Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirainya malam tadi.

Biarpun Chris Hughton berjaya membantu Brighton untuk kekal selaku kelab Liga Perdana Inggeris pada musim ini, pengurusan kelab telah memecatnya.

Pengurus berjasa

Hughton menyertai Brighton pada Disember 2014. Ketika di bawah bimbingannya, Brighton menduduki tempat kedua dalam EFL Championship 2016/17.

Ia sekaligus memberikan peluang kepada kelab yang turut dikenali sebagai Seagulls itu merasai aksi di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam sejarah. Sebelum ini, Brighton pernah beraksi di divisyen atasan bola sepak Inggeris pada awal 1980 an – ketika saingan belum dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Musim pertama Brighton di Liga Perdana Inggeris amatlah baik. Pada musim 2017/18, mereka menduduki tangga ke-15 di mana mereka meraih 40 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan 13 seri.

(Photo by Henry Browne/Getty Images)

Tetap selamat

40 mata itu membantu Hughton dan anak buahnya kekal dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim yang kedua. Namun pada musim 2018/19, mereka hanya meraih 36 mata.

Brighton mampu mencatatkan 9 kemenangan dan 9 seri.

Namun, Hughton telah berjaya membawa Brighton ke pusingan separuh akhir Piala FA. Brighton tewas kepada Manchester City pada perlawanan tersebut.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ditamatkan tugas

Sebenarnya Hughton mempunyai kontrak sehingga 2021. Brighton mengambil keputusan tersebut demi survival kelab di liga terkemuka dunia itu.

Pemecatan itu dibuat beberapa jam selepas mereka ditewaskan Manchester City semasa perlawanan penutup musim di laman sendiri.

Perlawanan itu menyaksikan mereka dikalahkan 1-4 oleh Manchester City. Pasukan pelawat itu dimahkotakan selaku juara musim ini.

Pengerusi kelab, Tony Bloom menyatakan Hughton telah menjalankan tanggungjawab selaku pengurus dengan begitu cemerlang. Brighton amat berjaya sewaktu di bawah kendaliannya hampir 5 tahun.

Keputusan sukar

Bloom sendiri mengakui keputusan memecat Hughton amat sukar dilakukan selaku pengerusi kelab. Faktor pemecatan warga Ireland itu ialah keputusan di padang amat teruk.

Brighton hanya menang 3 perlawanan daripada 23 perlawanan liga musim ini.

BRIGHTON, ENGLAND – MAY 12: Josep Guardiola, Manager of Manchester City is greeted by Chris Hughton, Manager of Brighton and Hove Albion during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Diberitakan pembantu Hughton, Paul Trollope juga meninggalkan kelab. Begitu juga Peter Nevin yang sebelum ini menjawat jawatan selaku jurulatih skuad utama Brighton.

Hughton, bekas pemain Spurs sebelum ini pernah menjadi pengurus di Newcastle, Birmingham dan Norwich. Namanya melonjak apabila menjadi pengurus Newcastle yang menjuarai EFL Championship edisi 2009/10.

Nampaknya Brighton terpaksa mencari pengurus baharu yang boleh membantu kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN